Inovasi pemacu penting di tengah-tengah ketegangan geopolitik: DPM Heng
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Facebook/Singapore International Chamber of Commerce)
SINGAPURA: Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat berkata inovasi adalah pemacu penting bagi pertumbuhan ekonomi pada tahun-tahun mendatang, memandangkan ketegangan geopolitik telah menjejas perdagangan.
DPM Heng menambah Pemerintah, pakar akademik dan perniagaan perlu bekerjasama bagi menyelesaikan masalah yang disasarkan.
"Kita perlu terus bekerjasama dengan pusat-pusat inovasi di seluruh dunia, untuk mempertingkatkan inovasi, mencari sektor pertumbuhan baharu, dan mengatasi cabaran bersama.
"Perniagaan, sama ada asing mahupun tempatan, dan merentasi semua saiz dan skala, boleh memberi sumbangan yang berguna dalam bidang ini."
Beliau berkata demikian di satu acara penyampaian anugerah pada Jumaat (21 Mac) yang mengiktiraf kejayaan kerjasama komersial.
Lima projek dipilih sebagai pemenang anugerah dalam bidang-bidang seperti teknologi inklusif dan usaha menjadikan industri pembinaan lebih mesra alam.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.