Inovasi dan teknologi baharu dapat lengkapkan lagi khidmat haji MUIS dan GSA: Masagos
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Masagos Zulkifli/Facebook
JEDDAH: Menteri bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Masagos Zulkifli berkata teknologi akan dapat memberi jemaah pengalaman yang baik ketika beribadah.
Encik Masagos berkata demikian selepas menghadiri majlis perasmian Persidangan dan Pameran Perkhidmatan Haji dan Umrah semalam (8 Jan).
Acara tahunan itu mempamerkan perkembangan terkini untuk mempertingkatkan pengalaman jemaah haji.
Encik Masagos berkongsi demikian dalam satu catatan Facebook beliau hari ini (8 Jan).
Antara tema-tema utama untuk persidangan tahun ini termasuk meningkatkan perkhidmatan jemaah dengan memperbaiki prasarana, pengangkutan, penginapan dan kemudahan penjagaan kesihatan bagi memenuhi keperluan para jemaah.
"Persidangan tersebut turut mengetengahkan peranan teknologi dalam memberi jemaah pengalaman yang baik sambil beribadah. Perbincangan berkisar tentang penggunaan aplikasi pintar, realiti maya, dan kecerdasan buatan untuk menyebarkan maklumat dan memudahkan pergerakan jemaah dengan lebih berkesan. Kesihatan jemaah juga sering dibicarakan semasa persidangan," kata Encik Masagos.
Arab Saudi, menurut beliau, turut mencari peluang untuk bekerjasama dengan negara dan pertubuhan-pertubuhan antarabangsa untuk mewujudkan sistem penjagaan kesihatan yang lebih mantap agar dapat menyediakan perkhidmatan perubatan yang berkualiti tinggi kepada jemaah.
"Saya percaya bahawa inovasi dan teknologi baharu yang diperkenalkan dapat melengkapkan lagi khidmat yang ditawarkan Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) dan ejen pelancongan Haji dan Umrah yang diluluskan MUIS.
"Bagi mereka yang bakal menunaikan haji tahun ini, saya menggalakkan anda membuat persiapan dari segi fizikal, mental serta rohani dan jasmani dan mendoakan agar anda terus dalam keadaan yang sihat," nasihat beliau.

Sumber : BERITA Mediacorp/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.