Inovasi baharu dalam penyelidikan kencing manis tingkatkan pengesanan awal
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Inovasi baharu dalam penyelidikan kencing manis boleh meningkatkan pengesanan awal dan pengurusan penyakit itu.
Apakah kaitan gigi yang kurang sihat dengan kencing manis?
Bagi seorang penyelidik, rawatan gigi boleh mengesan tanda-tanda amaran awal penyakit kencing manis.
Malah, ini sebelum penyakit itu menjejas anggota badan seseorang pesakit itu.
Konsultan Kanan bagi Periodontik, Jabatan Pergigian Restoratif (NDCS) Dr Chee Hoe Kit berkata: "Jika seseorang pesakit menghidapi kencing manis, maka mereka sebenarnya dua atau tiga kali lebih berisiko berbanding pesakit yang tidak menghidapi kencing manis, untuk mengalami keradangan gusi yang lanjut, atau mungkin sedikit lebih teruk, yang kami panggil 'periodontitis'.
"Jadi apa yang berlaku adalah bagi kebanyakan pesakit kencing manis, mereka mungkin tidak tahu bahawa mereka mengalami komplikasi itu, yang boleh berlaku pada tahap awal lagi."
Dr Chee berkata para pesakit yang memenuhi kriteria seperti penyakit gusi yang teruk serta mempunyai sejarah merokok lebih berisiko mengalami kencing manis yang tidak didiagnosis.
Dengan menjalankan ujian paras gula dalam darah, para doktor gigi boleh menyarankan agar para pesakit mendapatkan diagnosis.
Inovasi seperti itu menyokong inovasi sedia ada seperti pemantauan glukosa yang berterusan.
Selain itu, para penyelidik dari Universiti Nasional Singapura (NUS) juga menggunakan medan elektromagnet untuk meniru kesan senaman dalam pesakit kencing manis Jenis 2.
Ia berupaya membantu para pesakit menguruskan keadaan mereka dengan lebih baik lagi.

Sumber : CNA/HS/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.