Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Inisiatif unik: Ibu bapa, anak belajar 'coding' demi pererat hubungan kekeluargaan

Menguasai kemahiran teknologi baru seperti pengekodan ataupun coding bukan sahaja penting bagi pembangunan ekonomi masa depan, malah ia sebenarnya boleh menjadi wadah untuk mempererat hubungan kekeluargaan.

Anggaran Waktu Membaca:
02:30 Min
Inisiatif unik: Ibu bapa, anak belajar 'coding' demi pererat hubungan kekeluargaan

SINGAPURA: Menguasai kemahiran teknologi baru seperti pengekodan ataupun coding bukan sahaja penting bagi pembangunan ekonomi masa depan, malah ia sebenarnya boleh menjadi wadah untuk mempererat hubungan kekeluargaan.

Inilah yang cuba dikecapi Pertandingan Pemprograman Robotik Kebangsaan (NRPC) ke-11, anjuran Politeknik Nanyang (NYP) dan Sekolah Menengah Admiralty hari ini.

Buat julung-julung kalinya, pertandingan itu merangkumi kategori baru khas buat pasukan ibu bapa dan anak-anak.

DEMI DRON, IBU BEPAJAR DARI ANAK

Ringan, terapung-apung di udara, dan mudah didapati. Dron boleh sahaja diibaratkan sebagai layang-layang masa kini.

Malah seperti layang-layang tradisional, menerbangkan dron tidak semudah dipandang mata.

Dron-dron tersebut khususnya, perlu diprogram dengan kod yang teliti untuk melaksanakan tugasan yang diberi.

"Saya belajar memahami kesukaran dia dalam koding, dan ada penukaran peranan, saya sekarang menjadi seorang murid untuk anak saya," kata ibu salah seorang peserta, Huziah Mohd Yusof.

Inilah yang dipelajari sekitar 20 pasangan ibu bapa dan anak-anak mereka yang menyertai kategori baru acara NRPC hari ini.

Bukan seperti kata pepatah 'layang-layang melawan angin', atau sia-sia, acara ini sebaliknya menggalak pelibatan ibu bapa dalam menimbulkan minat dan bakat baru di kalangan anak-anak, sambil mengeratkan hubungan antara kedua-dua.

"Saya rasa gembira kerana ibu dan saya boleh main dengan dron," peserta NRPC, Azfar Luqman Ong memberitahu BERITAMediacorp.

"Kita sekarang zaman IT. Dahulu saya main batu serembat dengan mak saya, sekarang saya kena belajar dron dengan anak saya. Kalau sebagai ibu saya tak maju ke hadapan, ketinggalan, nanti anak-anak main sendiri kita tidak tahu apa yang dia pelajari atau sama ada ia pelajaran ataupun permainan," kata Cik Huziah.

500 PELAJAR, 20 IBU BAPA IKUT SERTA

Tahun ini, lebih 500 pelajar dari 30 sekolah rendah dan menengah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut dan 20 ibubapa bertanding bersama anak mereka.

Pertandingan yang bertemakan “Mengatasi Cabaran, Perjalanan Pulang ke Rumah” memerlukan para peserta mengemudi robot-robot mereka ke ‘rumah’ mereka.

Selain memprogram dron, murid-murid ini memerah otak dan mengasah daya kreativiti mereka untuk menghasilkan huraian bagi tugasan yang diberi, yang melibatkan pelbagai bentuk robot. 

Sumber : BERITA Mediacorp/nk

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa