Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Inisiatif terbaharu PERTAPIS untuk tingkatkan kesejahteraan mental, fizikal dan emosi warga emas

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Satu inisiatif baharu untuk meningkatkan kesejahteraan fizikal, mental dan emosi warga emas dan masyarakat diadakan di Masjid Al-Ansar pada Jumaat (17 Nov).

Inisiatif dipanggil "From Health to Hearts" itu adalah anjuran PERTAPIS.

Ia dibahagikan kepada dua segmen iaitu Pameran Kesihatan Masyarakat dan Forum "Kasih Antara Usia", yang menampilkan Ustaz Haron Hasan, Ustazah Nur Hidayah, dan Don Jany.

Gambar: PERTAPIS


Pameran Kesihatan Masyarakat itu diadakan dengan kerjasama rakan-rakan masyarakat Pejabat Generasi Warga Emas, NTUC Health, Diabetes.sg dan Digital For Life.

Pemeriksaan kesihatan seperti pemeriksaan gigi, pemeriksaan penglihatan dan pendengaran disediakan secara percuma.

Selain itu, sumber-sumber untuk khidmat seperti penjagaan warga emas dan kencing manis, serta sokongan literasi digital untuk masyarakat turut disediakan.

TINGKATKAN KESEDARAN KESIHATAN DAN AMBIL LANGKAH MENCEGAHNYA

Gambar: PERTAPIS

Kerjasama bersama rakan-rakan masyarakat sedemikian untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kesihatan serta langkah-langkah pencegahan awal sangat dialu-alukan.

"Pada mulanya warga emas kami amat malu sedikit untuk hadir dan melihat tetapi Alhamdulillah mereka telah datang untuk segala acara kami ini dan mereka telah pergi untuk pemeriksaan fungsi tubuh.

"Pada waktu malam kami akan ada forum untuk Kasih Antara Usia untuk warga emas dan anak-anak mereka. Jadi syukur Alhamdulillah dengan sambutan hari ini," kongsi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PERTAPIS," kata Encik Firdaus D'Cruz kepada BERITA Mediacorp.

FORUM KASIH ANTARA USIA UNTUK PERKUKUH HUBUNGAN ANTARA GENERASI KELUARGA BERBEZA

Selain menggalak kesihatan fizikal, mental dan emosi, inisiatif itu juga ingin menyatukan hubungan antara ibu bapa dan anak anak.

Forum "Kasih Antara Usia" menyediakan platform untuk membincangkan isu-isu seperti peranan dan tanggungjawab ibu bapa dan anak-anak serta pemahaman antara generasi.

Isu-isu berkenaan sokongan untuk golongan penjaga atau "caregivers" turut diperhatian.

Gambar: PERTAPIS

Tetamu terhormat Datuk Bandar Daerah Tenggara, Fahmi Aliman memuji usaha PERTAPIS itu dan berharap ia dapat dikembang lagi pada masa akan datang.

"Saya rasa ini adalah satu (inisiatif) yang amat bagus dan tepat pada waktunya kerana ramai daripada golongan masyarakat Melayu kita masih kurang lagi memahami kepentingan untuk membuat ujian-ujian terlebih dahulu untuk mengetahui apakah penyakit-penyakit lain yang ada," kata Encik Fahmi.

"Kita melihat ada pemeriksaan fizikal seperti mata, penglihatan, pendengaran dan juga tekanan darah, dan seterusnya memberikan mereka sedikit tanggapan bagaimana keadaan kesihatan mereka. Secara fizikal itu adalah satu yang bagus sekali kerana ia memberi keyakinan kepada masyarakat Melayu kita juga terutama sekali kepada warga senja, untuk mereka terus datang untuk memahami apakah status kesihatan mereka," tambahnya.

PERTAPIS HARAP DAPAT MELUASKAN USAHA INI

Gambar: PERTAPIS
Dengan sambutan yang menggalakkan untuk inisiatif itu, PERTAPIS berharap dapat meluaskan lagi usaha itu pada tahun hadapan.

"Ini merupakan usaha yang pertama sekali dari PERTAPIS dengan menggiatkan lagi kesihatan antara masyarakat kami jadi pertama sekali kami menggunakan apa yang kami dapat melakukan dan mendapatkan maklum balas dan maklumat daripada acara ini supaya nanti tahun depan, kami akan membesarkan lagi. Jadi itu adalah niat (kami) dan Insya-Allah, kami dapat mencapai niat kami," kongsi Encik Firdaus.

Beliau juga berharap PERTAPIS dapat menjadi "titik permulaan" bagi rakan-rakan kesihatan untuk mendekati warga emas Melayu/Islam dan "menjadi jambatan untuk memberikan sokongan yang mereka perlukan."
Sumber : BERITA Mediacorp/nj
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan