Skip to main content

Singapura

Inisiatif teknologi baru akan tingkatkan peluang pekerjaan bagi rakyat S'pura: Iswaran

Inisiatif teknologi baru dan perjanjian-perjanjian yang diumumkan semasa Forum Ekonomi Sedunia (WEF) akan menarik lebih banyak pelaburan ke Singapura dan meningkatkan peluang pekerjaan bagi rakyat Singapura, menurut Menteri Perhubungan dan Penerangan S Iswaran pada Khamis (23 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 24 Jan 2020 11:18AM Dikemas Kini : 24 Jan 2020 11:45PM

SINGAPURA: Inisiatif teknologi baru dan perjanjian-perjanjian yang diumumkan semasa Forum Ekonomi Sedunia (WEF) akan menarik lebih banyak pelaburan ke Singapura dan meningkatkan peluang pekerjaan bagi rakyat Singapura, menurut Menteri Perhubungan dan Penerangan S Iswaran pada Khamis (23 Jan).

Beliau bercakap kepada para wartawan di luar acara WEF di Davos, setelah Singapura memperkenalkan satu rangka kerja urus tadbir kecederasan buatan (AI) dan mengumumkan perkembangan berhubung dua perjanjian antarabangsa berkenaan perdagangan digital.

Inisiatif-insiatif baru itu akan memanfaatkan rakyat Singapura di beberapa peringkat, menurut Encik Iswaran.

"Pada peringkat makro-ekonomi, ia bertujuan mewujudkan lebih banyak peluang bagi ekonomi kita secara menyeluruh," menurutnya.

Bagi perniagaan tempatan dan para pekerja, penggunaan teknologi baru akan meningkatkan peluang kerana ia akan membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan ekonomi digital dengan lebih mudah lagi.

Dengan mengambil bahagian dalam insiatif-insiatif itu dan "wacana global", Singapura boleh berbincang dengan "para pemimpin sedunia" seperti pemerintah dan syarikat swasta, yang akan "mahu lebih banyak bekerjasama dengan kita," tambahnya.

Singapura mengumumkan tiga inisiatif yang bertujuan meningkatkan kepercayaan pelanggan terhadap penggunaan dan urus tadbir AI pada Selasa. Inisiatif-inisiatif itu akan menyediakan garis panduan bagi syarikat-syarikat untuk menggunakan teknologi AI, berdasarkan prinsip beretika.

Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Chan Chun Sing juga mengumumkan pada Selasa bahawa Singapura sudah mencapai "keputusan penting" berkenaan perjanjian yang bertujuan melanjutkan perdagangan digital dengan New Zealand dan Chile.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita