Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Inisiatif SkillsFuture Advice ingin dekati 120,000 peserta jelang 2023

 Inisiatif SkillsFuture Advice yang menyokong peningkatan kemahiran dan perancangan kerjaya rakyat Singapura, akan dilanjutkan selama tiga tahun lagi.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 25 Sep 2020 09:38PM Dikemas Kini : 25 Sep 2020 09:51PM

SINGAPURA: Inisiatif SkillsFuture Advice yang menyokong peningkatan kemahiran dan perancangan kerjaya rakyat Singapura, akan dilanjutkan selama tiga tahun lagi.

Ia telah menetapkan sasaran baru untuk mendekati 120,000 peserta menjelang 2023.

Usaha itu mendapat sambutan amat menggalakkan sejak dilancarkan tiga tahun lalu.

SAMBUTAN DI LUAR JANGKAAN

Sasaran awalnya adalah untuk mendekati 80,000 peserta tetapi kini sudahpun mendekati lebih 110,000 peserta menerusi 4,300 bengkel kendaliannya.

Bagi merasmikan pelanjutan inisiatif SFA SkillsFuture Singapore, Institut Pekerjaan dan Daya Kerja (e2i) serta Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) memeterai satu memorandum persefahaman (MOU) hari ini (25 Sep).

Ia disaksikan Menteri Pendidikan Lawrence Wong serta empat Datuk Bandar iaitu Cik Denise Phua, Encik Alex Yam, Encik Demond Choo, Encik Fahmi Aliman dan Ketua Eksekutif Persatuan Rakyat Lim Hock Yu.

Dalam ucapannya Encik Wong berkata pembelajaran sepanjang hayat adalah cara terbaik untuk mempersiapkan rakyat Singapura bagi menghadapi cabaran masa depan.

"Cara pemikiran lama adalah pembelajaran harus dilakukan pada tahun-tahun awal kehidupan kita di sekolah, dan sebelum kita memulakan pekerjaan."

"Pemikiran lama ini saya rasa sudah sangat berakar dalam masyarakat kita, malah juga dalam banyak masyarakat. Ini harus diubah namun ia akan mengambil masa untuk mengubahnya dalam kalangan majikan kita, individu dan masyarakat am, " kata beliau.

BENGKEL-BENGKEL PERCUMA UNTUK PELBAGAI SEGMEN

Disebabkan itulah bengkel-bengkel percuma disasarkan kepada pelbagai kumpulan peserta termasuk lepasan sekolah, golongan karyawan, mereka yang dalam pertengahan kerjaya dan juga warga emas.

Ia kini dikendalikan secara maya dalam empat bahasa.

Satu lagi inisiatif yang juga dikendalikan secara maya adalah acara SkillsFuture@CDC.

Acara itu sepatutnya berakhir bulan ini tetapi dilanjutkan lagi hingga Julai tahun depan selepas mendapat sambutan luar dugaan.
Ia berjaya menarik lebih 250,000 peserta dalam masa seminggu, lapan kali ganda jumlah peserta tahun lalu.

Pengerusi Majlis Pembangunan Masyarakat, Low Yen Ling berkata lanjutan MOU itu adalah isyarat bahawa peningkatan kemahiran dan pekerjaan akan menjadi salah satu tumpuan utama kelima-lima Majlis Bandaran terutama di tengah-tengah keadaan ekonomi global yang tidak menentu ekoran COVID-19. 

Sumber : CNA/RR/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan