Inisiatif Serantau Masa Depan Pekerjaan bantu ASEAN harungi perubahan landskap pekerjaan
Dalam persidangan mengenai masa depan pekerjaan, satu inisiatif baru dalam perancangan diumumkan,untuk membantu ASEAN mempersiapkan diri bagi corak pekerjaan yang berubah.
SINGAPURA: Dalam persidangan mengenai masa depan pekerjaan, satu inisiatif baru dalam perancangan diumumkan,untuk membantu ASEAN mempersiapkan diri bagi corak pekerjaan yang berubah.
Ini sedang ASEAN berdepan dengan cabaran tenaga kerja manusia, meskipun rentak pertumbuhan menjadikannya satu "kawasan yang berpotensi".
Perubahan demografi yang semakin menua, gangguan teknologi dan perubahan iklim merupakan antara cabaran yang membelenggu tenaga kerja ASEAN.
Untuk menangani masa depan pekerjaan, Menteri Tenaga Manusia Josephine Teo berkata, sebuah wadah perkongsian perlu dibangunkan di rantau ini untuk bantu meningkatkan keupayaan.
Oleh demikian, Inisiatif Serantau Masa Depan Pekerjaan akan menyatukan pakar-pakar dan pihak berkepentingan menerusi bengkel, seminar dan kursus.
Sebagai permulaan, topik-topik yang akan dibincangkan termasuk kerjasama tiga pihak, keselamatan di tempat kerja dan pendakapan teknologi.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.