Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Inisiatif RISE kembangkan bakat tempatan; pacu transformasi tenaga kerja

Anggaran Waktu Membaca:
Inisiatif RISE kembangkan bakat tempatan; pacu transformasi tenaga kerja

(Gambar: Chan Chun Sing/Facebook)

SINGAPURA: Dua program baru dilancarkan untuk memudahkan transformasi digital bagi syarikat-syarikat dan para karyawan.

Inisiatif Peningkatan Kemahiran secara Pantas dan Mendalam (RISE) bertujuan mengembangkan bakat tempatan dan memacu transformasi tenaga kerja.

Menteri Pendidikan Chan Chun Sing menarik perhatian, sekiranya syarikat-syarikat tidak menjalani transformasi, para pekerja juga tidak akan terdorong untuk mempelajari kemahiran baru.

"Ini kerana mereka tahu, tidak ada pekerjaan yang lebih baik atau bermakna menanti mereka.
Oleh itu, transformasi perniagaan dan tenaga kerja harus berjalan seiring," tambah Encik Chan lagi.

120 perusahaan kecil dan sederhana akan menyertai program-program baru tersebut tahun ini.

Syarikat-syarikat itu akan mempelajari tentang transformasi digital dari para pakar industri dengan mengenal pasti cabaran-cabaran dan jurang kemahiran.

Dalam tempoh dua tahun akan datang, program itu mungkin diperluas kepada lebih banyak syarikat.

700 individu juga akan mendapat pendedahan menerusi pakar-pakar industri dalam program menimba kemahiran baru.

Syarikat-syarikat dan para pekerja boleh mendapat bantuan membiayai yuran hingga 90 peratus.

Setakat ini, hampir 2,000 karyawan telah meraih manfaat daripada edisi terdahulu program RISE.

Malah, hingga 70 peratus peserta berjaya mendapatkan pekerjaan.
Sumber : CNA/ZM/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan