Inisiatif 'Rekaan Orchard' dilancarkan dalam usaha bantu jenama tempatan berkembang
JTC, SPRING dan Lembaga Pelancongan Singapura akan melancarkan inisiatif baru di Orchard Road pada hujung tahun untuk mengembangkan jenama tempatan dan menampilkan bakat rekaan.
Upacara pecah tanah bagi pembangunan Design Orchard. (Gambar: Deborah Wong)
SINGAPURA: JTC, SPRING dan Lembaga Pelancongan Singapura akan melancarkan inisiatif baru di Orchard Road pada hujung tahun untuk mengembangkan jenama tempatan dan menampilkan bakat rekaan.
Kira-kira 60 jenama akan menyertai inisiatif Rekaan Orchard itu.
Menteri Negara Kanan bagi Perdagangan dan Perusahaan, Sim Ann mengumumkan demikian di parlimen sebagai menjawab pertanyaan mengenai rancangan Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) untuk memupuk minat terhadap jenama tempatan.
Menurut beliau, pemerintah bekerjasama dengan Persatuan-persatuan dagangan dan dewan-dewan perniagaan untuk meningkatkan kesedaran.
Ini termasuk kerjasama antara SPRING Singapore, Persatuan Pengilang Makanan Singapura dan Agensi-agensi Rangkaian Fokus untuk membantu syarikat-syarikat mempamerkan produk-produk mereka di Lapangan terbang Changi.
Beliau menarik perhatian bahawa MTI juga sedang bekerjasama rapat dengan Persekutuan Pedagang Singapura mengenai cara-cara memberi nafas baru kepada sektor runcit di kawasan kejiranan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.