Inisiatif 'Prawning with Dad' sasar perkukuh hubungan pesalah dengan anak, keluarga
Anggaran Waktu Membaca:
New: You can now listen to articles.
This audio is generated by an AI tool.
SINGAPURA: Aktiviti memancing udang kini digunakan untuk membantu pesalah yang masih dalam pengawasan serta mereka yang sedang menjalani hukuman, untuk kembali ke pangkuan masyarakat.
Dipanggil "Prawning with Dad", inisiatif Pusat Kebapaan (Centre For Fathering) itu mengajak golongan pesalah tersebut menjalin semula hubungan dengan anak-anak mereka menerusi aktiviti berkenaan.
Dengan mengukuhkan hubungan kekeluargaan, Pusat itu berharap ia dapat mengurangkan risiko mereka melakukan lagi kesalahan.
Program setengah hari ini juga merangkumi perbincangan topik-topik seperti pentingnya menjadi seorang ayah dan membina hubungan dengan anak-anak masing-masing.
"Selama saya di dalam (penjara), saya tidak dapat meluangkan masa dengan mereka. Saya harap mereka nampak saya ada untuk mereka, walaupun selama ini saya tak ada," jelas Fandi, seorang peserta, yang merupakan pesalah di bawah pengawasan.

Sumber : CNA/IA/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.