Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Inisiatif peti sejuk masyarakat dilancarkan di Marine Parade

Satu inisiatif baru dilancarkan di Marine Parade hari ini (23 Sep) bagi mengagihkan makanan kepada penduduk yang memerlukan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 23 Sep 2021 08:35PM Dikemas Kini : 23 Sep 2021 09:36PM

SINGAPURA: Satu inisiatif baru dilancarkan di Marine Parade hari ini (23 Sep) bagi mengagihkan makanan kepada penduduk yang memerlukan.

Makanan segar yang dianggarkan bernilai S$100,000 akan diagihkan setiap tahun menerusi peti-peti sejuk kejiranan ini.

Ini bakal memberikan manfaat kepada sekitar 200 keluarga berpendapatan rendah.

Bekalan dalam peti-peti sejuk itu akan ditambah pada setiap Sabtu oleh dua cawangan FairPrice yang terletak berdekatan.

Pada hari yang sama, keluarga-keluarga berpendapatan rendah akan dipelawa mengambil makanan yang mereka perlu.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan