Inisiatif Negara Bijak perlu diteruskan meski berlaku serangan siber SingHealth, tegas Indranee Rajah
Inisiatif Negara Bijak Singapura perlu melangkah ke depan walaupun serangan siber meland
SINGAPURA: Inisiatif Negara Bijak Singapura tidak boleh ditangguhkan hanya kerana insiden serangan siber ke atas kumpulan jagaan kesihatan SingHealth berlaku di mana data peribadi 1.5 juta orang dicuri.
Bercakap kepada para wartawan di luar satu acara kesihatan, Menteri di Pejabat Perdana Menteri Indranee Rajah berkata adalah mustahil untuk tidak mendigitalkan rekod dan data kesihatan.
Ia memandangkan sistem Teknologi Maklumat, IT, digunakan secara meluas di merata dunia.
Menurut beliau, apa yang perlu dilakukan adalah untuk memastikan bahawa sistem-sistem IT Singapura mantap bagi mencegah daripada digodam pada masa hadapan.
Tambah Cik Indranee insiden tersebut menjadi peringatan supaya Singapura terus berwaspada dan bersatu padu bagi menangani keadaan sedemikian.
Festival kesihatan yang dihadiri beliau merupakan satu kerjasama antara stesen radio Oli Mediacorp dan Lembaga Endowmen Hindu, serta disokong Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB).
Di acara tersebut, kedua-dua pihak memperbaharui kerjasama selama tiga tahun lagi dalam aspek kesihatan orang awam.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.