Inisiatif muhibah sediakan barangan dapur percuma; bantu penduduk susah di Jurong West
Anggaran Waktu Membaca:

Inisiatif 'Masyarakat Islam Jurong West' dikendalikan di sebuah ruang tetap di kolong blok 437 Jurong West Street 42. (Gambar: BERITAmediacorp/Rosli Razak)
BERITAMediacorp: Terpanggil untuk membantu jiran tetangga yang memerlukan, seorang penduduk Jurong West memulakan inisiatif muhibah bagi memberikan barangan dapur secara percuma kepada penduduk di kawasan sekitarnya.
Inisiatif 'Masyarakat Islam Jurong West' dimulakan Encik Suhaemi Enan kira-kira dua tahun lalu selepas menyedari terdapat sebilangan penduduk yang memerlukan bantuan.
"Sewaktu saya jadi relawan, saya lihat banyak keluarga yang bukan dari setakat kawasan kita sahaja. Apa yang saya nampak menyemarakkan semangat saya untuk memberi," kata Encik Suhaemi, seorang pemandu Grab.

Encik Suhaemi memulakan inisiatif itu secara kecil-kecilkan dengan hasil sumbangan daripada ahli keluarga, teman-teman dan jiran-jiran terdekat.
Usaha murni mereka mendapat perhatian pihak Jawatankuasa Penduduk (RC) kawasan itu sehingga ditawarkan sebuah ruang tetap di kolong blok 437 Jurong West Street 42.
Barangan makanan asas seperti beras, minyak masak, tepung, gula, kopi dan juga biskut diberikan percuma kepada sesiapa sahaja yang mahukannya.
Menurut Encik Suhaemi, jumlah barangan yang diagihkan bergantung kepada sumbangan penderma.
Salah seorang penderma tetap ialah Encik Aziz Sani, yang menyumbang beras secara kerap.
"Isteri saya bekerja di pasar raya NTUC, jadi beliau dapat diskaun. Jadi dia belilah beras dan barangan kering seperti biskut," kongsi pesara berusia 62 tahun itu.
Seorang lagi penderma ialah Encik Ismail Ali, 68 tahun.
"Saya hendak tolong sikit jiran-jiran di sini. Ramai yang susah juga. Ada yang tinggal seorang diri, ibu bapa tunggal, yang tidak kerja," ujar beliau.
Buat masa ini, kira-kira 20 buah keluarga meraih manfaat daripada inisiatif tersebut.
Antaranya termasuk Cik Noriah Atan, 62 tahun, seorang pekerja kantin yang hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

"Kalau ada kerja, ada gaji. Saya selalu pilih yang pentinglah seperti beras, minyak masak dan tepung, " kata Cik Noriah.
"Saya dan suami sudah tidak boleh bekerja lagi. Saya biasanya mengambil beras, minyak, gula, susu (dan) sardin. Saya ambil yang perlu saja," kata Cik Samah Saat, 70 tahun, seorang lagi penduduk yang memperoleh manfaat daripada inisiatif tersebut.
Buat masa ini, pembahagian makanan diadakan dua kali sebulan.
Menurut Encik Suhaemi, sesiapa saja boleh datang ke ruang tetap tersebut untuk memilih barangan dapur yang diperlukan.
"Kami mempunyai senarai tetap tetapi sedia membantu para penduduk yang mahukan bantuan. Kadang-kadang ada keluarga yang melalui ruang ini dan bertanya sama ada mereka boleh mengambil makanan ini. Saya tidak akan menolaknya," ungkap beliau.
Buat masa ini, inisiatif tersebut hanya disasarkan kepada para penduduk susah yang tinggal berdekatan ruang berkenaan memandangkan bekalan barangan yang dapat disediakan bergantung kepada ihsan para penderma.

Sumber : BERITA Mediacorp/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.