Inisiatif #MesraBergongxi pupuk semangat muhibah, kejiranan sempena Tahun Baru Cina
Sebuah inisiatif baru dilancarkan oleh PA MESRA untuk menyebarkan semangat muhibah dan mengeratkan silaturahmi antara jiran tetangga sempena Tahun Baru Cina, menurut PA MESRA dalam kenyataan media pada Selasa (9 Feb).
(Gambar: PA MESRA)
SINGAPURA: Sebuah inisiatif baru dilancarkan oleh PA MESRA untuk menyebarkan semangat muhibah dan mengeratkan silaturahmi antara jiran tetangga sempena Tahun Baru Cina, menurut PA MESRA dalam kenyataan media pada Selasa (9 Feb).
Kesemuanya 46 Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) terlibat sama dalam insiatif #MesraBergongxi itu.
Ia bertujuan memaparkan semangat kewarganegaraan yang aktif dalam kalangan MAEC.
Antara 6 dengan 14 Feb 2021, para relawan daripada MAEC berkenaan akan mengagihkan beg-beg berisi limau dan kad maklumat PA MESRA kepada para penduduk kaum Cina di kawasan kejiranan mereka.
(Gambar-gambar: PA MESRA)
Selain daripada menyebarkan muhibah sempena Tahun Baru Cina, ia juga bagi memupuk persefahaman antara kaum dan penghargaan silang budaya dalam kalangan penduduk.
Sejauh ini, lebih daripada 2,000 keluarga sudah pun meraih manfaat daripada insiatif tersebut.
Sebanyak 24 MAEC telah membuat pengagihan di blok-blok sewa.
Menurut PA MESRA, para relawan MAEC juga sangat digalakkan untuk mengongsi gambar interaksi mereka bersama para penduduk di media sosial menggunakan tanda pagar #MesraBergongxi.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.