Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Inisiatif mesra alam tidak jejas jagaan kesihatan pesakit secara negatif: NUHS

Anggaran Waktu Membaca:
Inisiatif mesra alam tidak jejas jagaan kesihatan pesakit secara negatif: NUHS

Gambar: Sistem Kesihatan Universiti Nasional

SINGAPURA: Sistem Kesihatan Universiti Nasional (NUHS) menyatakan, kesihatan dan kesejahteraan pesakit terus menjadi keutamaannya dan inisiatif-inisiatif hijaunya tidak menjejas jagaan kesihatan secara negatif.

Bilik pembedahan Kampus Kesihatan Jurong misalnya menetapkan piawai steril yang ketat.

Ia mesti dikekalkan di bawah 60 peratus kadar kelembapan, dan antara 20 hingga 25 darjah Celsius, iaitu keadaan yang diperlukan untuk pembedahan.

Namun untuk mengurangkan jejak karbon, sistem tersebut kini ada mod 'tidur' yang mengurangkan penggunaan tenaganya apabila tidak digunakan.

"Sekiranya sektor jagaan kesihatan sebuah negara, ia penyumbang pencemaran kelima terbesar di dunia. Jadi, amat penting untuk kita terajui usaha-usaha kemampanan sebegini. Kerana krisis iklim juga suatu krisis kesihatan, dan jagaan kesihatan adalah sebahagian daripada masalah dan huraiannya," kata Pengerusi Pasukan Bertindak Tenaga dan Air di NUHS, Ng Kian Swan.

Skala jejak karbon sektor kesihatan sebahagiannya disebabkan perkara-perkara yang tidak boleh diubah, seperti pembuangan sisa biologi ke tempat pembakar atas seab-sebab keselamatan.

Oleh itu, NUHS yang mengendalikan Kampus Kesihatan Jurong, menumpu kepada perkara yang boleh ia ubah.

Ia merupakan yang pertama daripada tiga kelompok jagaan kesihatan yang menggunakan penderia stesen cuaca bijak yang mengukur keadaan luar bangunan.

Ini membolehkan bangunannya menyesuaikan suhu penghawa dingin dalaman secara automatik.

Airnya pula dipanaskan oleh matahari, bukan alat pemanas air.

Ia malah meminta jururawat menjimatkan air dengan mengguna semula tuala yang masih bersih.

"Pesakit sudah terbiasa dengan tuala yang digantikan setiap hari. Kami perlu mendidik mereka dan memberitahu mereka mengapa kami tidak menggantikannya setiap hari. Tetapi kami beritahu mereka sekiranya tuala masih kotor atau mereka meminta digantikan, kami akan menggantikannya," kata Pembantu Jururawat Klinisian Kampus Kesihatan Jurong, Lim Yee Koon.

NUHS menyatakan, ia sudah melabur S$10 juta dalam usaha ke arah kemapanan mereka bagi empat hospital dan tujuh polikliniknya.

Ia menjangkakan bil api air lebih kecil dan jejak karbon lebih rendah dalam masa 2-3 tahun ini.
Sumber : CNA/SM/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan