Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Inisiatif "Meat-for-Eid" diluaskan kepada 13 kawasan undi tahun ini

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Inisiatif "Meat-for-Eid" Persatuan Jamiyah tahun ini diluaskan kepada 13 kawasan undi berbanding lapan pada tahun lalu.

Ini selepas pihak menganjur mendapat permintaan untuk meluaskan usaha murni ini ke estet-estet lain.

Setiausaha Agung Jamiyah Singapura, Encik Jaffar Mydin berkata: "Tahun ini kami menerima banyak permintaan daripada persatuan akar umbi di tempat-tempat yang lain supaya dapat membantu keluarga-keluarga yang memerlukan di sana.

--

"Kita harap dengan sokongan berterusan daripada penderma kami, kita akan dapat melanjutkan lagi program-program kami di masa-masa akan datang."

Sebanyak 2,000 habuan, bernilai lebih $70 diagihkan kali ini.

Daripada jumlah itu, 800 diperuntukkan untuk para penerima bantuan Jamiyah

Ia antara lain mengandungi termasuk kurma, ketupat, 1 kilogram beras, perencah serta daging dan ayam.

Habuan-habuan tersebut diagihkan setiap hujung minggu sehingga 1 Mei.

Bagi para penerima yang uzur mahupun yang kurang upaya pula, habuan "Meat-for-Eid" itu akan dikirimkan langsung ke rumah mereka.

Acara pengagihan di Kelab Masyarakat Bedok petang tadi (24 Apr) turut disertai Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat.

Sumber : BERITA Mediacorp/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan