Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Inisiatif masyarakat penyayang dilancarkan di pusat tukaran bas Jurong East

Beberapa inisiatif diperkenalkan pada Sabtu (30 Jan) di pusat pertukaran bas Jurong East. Ia termasuk kursus-kursus percuma bagi membantu para penumpang yang mengalami masalah pergerakan dan sukar untuk naik turun bas.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 30 Jan 2021 09:18PM Dikemas Kini : 30 Jan 2021 09:25PM

SINGAPURA: Beberapa inisiatif diperkenalkan pada Sabtu (30 Jan) di pusat pertukaran bas Jurong East.

Ia termasuk kursus-kursus percuma bagi membantu para penumpang yang mengalami masalah pergerakan dan sukar untuk naik turun bas.

Semua inisiatif itu bagi mewujudkan sebuah pusat pengangkutan awam yang inklusif dan penyayang.

Kerusi roda bagi mereka yang memerlukan dan sebuah bilik menyusukan bayi kini disediakan di pusat pertukaran bas Jurong East.

Pengendali bas Tower Transit Singapore juga memperkenalkan satu program untuk orang ramai menderma makanan berharga S$3 di kantin pusat pertukaran bas itu.

Tower Transit akan memadankan setiap derma itu dan menokok sehingga 200 lagi makanan setiap bulan.

Semua derma itu akan disalurkan kepada keluarga-keluarga yang memerlukan di Yuhua dalam bentuk baucar makanan.

Skim tersebut dilancarkan Menteri Kemampanan dan Sekitaran Grace Fu yang juga Anggota Parlimen Yuhua.  

Sumber : CNA/NZ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan