Inisiatif 'Kembali ke Sekolah' beri sokongan holistik kepada pelajar di Pasir Ris-Punggol
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Lebih 300 pelajar sekolah rendah dan menengah dari keluarga kurang berkemampuan di Pasir Ris-Punggol kini bersedia memulakan penggal baru dengan penuh semangat.
Ini hasil inisiatif program tahunan 'Kembali ke Sekolah' atau 'Back to School' (BTS) yang diadakan pada Sabtu (23 Nov) dan Ahad (24 Nov) lalu.
Melalui program itu, para pelajar menerima bantuan keperluan sekolah seperti beg, alat tulis, dan buku.
Lebih istimewa, mereka diberi peluang untuk memilih sendiri barang-barang yang diperlukan.
SEDIAKAN BANTUAN YANG LEBIH HOLISTIK
Program BTS bukan sahaja membawa keceriaan kepada para pelajar untuk memulakan penggal persekolahan tahun depan, tetapi juga membuka peluang kepada keluarga mereka untuk memanfaatkan pelbagai bentuk bantuan lain.
Usahasama antara Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) Pasir Ris, Masjid Al-Islah, Masjid Al-Istigfar, dan MENDAKI turut memperkenalkan keluarga penerima kepada beberapa program lain.
Antaranya termasuk Skim Tuisyen MENDAKI (MTS )dan KelasMateMatika (KMM) bagi persediaan sekolah, serta Mari Membaca M³, yang membantu kanak-kanak prasekolah belajar membaca sambil membimbing ibu bapa dalam menyokong perkembangan anak-anak mereka.
Anggota Parlimen GRC Pasir Ris-Punggol, Sharael Taha, berkata tahun ini program BTS turut bekerjasama dengan Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB), Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) melalui 'Families for Life' (FFL), serta Pusat Sains Singapura.
"Selain keluarga dapat menerima perkakas sekolah dan bantuan program MENDAKI, keluarga penerima kita juga diperkenalkan kepada program HPB dan FFL terutamnya dalam pemakanan dan aktiviti-aktiviti untuk memperkukuhkan keluarga mereka," kata Anggota Parlimen GRC Pasir Ris–Punggol, Encik Sharael Taha.
Tambah beliau, kolaborasi dengan Pusat Sains Singapura dirancang untuk meningkatkan minat pelajar dalam bidang sains dan matematik, di samping memupuk rasa ingin tahu mereka.
"Ini adalah untuk menggalak, perkukuh dan membantu keluarga keperluan dengan bimbingan belia dan mempromosikan keluarga yang sihat yang merupakan sebahagian daripada FA1 FA2 dan FA3 M³," kongsi Encik Sharael.
Encik Sharael berharap program itu akan memberikan sokongan lebih menyeluruh kepada keluarga berpendapatan rendah, khususnya yang mempunyai anak kecil, agar mereka dapat terus maju dengan sokongan yang holistik.
PELAJAR TERUJA TERIMA BARANGAN SEKOLAH BAHARU
Antara yang teruja menerima barangan baharu adalah Muhamad Aaqil Rizky bin Muhamad Arshad, 16 tahun.
"Saya gembira kerana di rumah tidak banyak keperluan sekolah. Saya rasa beg ini dan barangan sekolah lain akan memberi semangat kepada saya untuk belajar dan menyertai CCA saya," kata Aaqil.
Nur Qalesya Alia Muhammad Aidil, 12 tahun, turut bersyukur menerima beg baharu.
"Saya suka beg yang diberikan kerana saya boleh menggunakannya tahun depan. Beg lama saya sudah berlubang," ujar Alia.
Bagi Cik Nur Azirah Aziman, 37 tahun, inisiatif itu sedikit sebanyak meringankan beban perbelanjaannya.
"Ia meringankan sedikit dari segi kewangan dan juga persiapan kami untuk tahun depan disebabkan anak saya ramai. Jadi, ia memudahkan persiapan saya untuk tahun hadapan. Ia memberikan kesan positif untuk anak anak saya bersiap sedia untuk mengharungi tahun yang baru," kongsi Cik Azirah.
Ini merupakan tahun ketiga program itudiadakan, dengan sekitar 950 pelajar dari kawasan Pasir Ris-Punggol telah menerima manfaatnya setakat ini.

Sumber : BERITA Mediacorp/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.