Inisiatif Jaluran Ekonomi Laluan Sutera boleh kukuhkan kerjasama rantau, berbilang pihak
Sistem berbilang pihak di peringkat global semakin menjadi lemah di tengah-tengah tindak balas terhadap globalisasi, tetapi Inisiatif Jalur Ekonomi Laluan Sutera (BRI) boleh memainkan peranan yang penting dalam mengubah kesan tersebut.
SINGAPURA: Sistem berbilang pihak di peringkat global semakin menjadi lemah di tengah-tengah tindak balas terhadap globalisasi, tetapi Inisiatif Jalur Ekonomi Laluan Sutera (BRI) boleh memainkan peranan yang penting dalam mengubah kesan tersebut. Demikian menurut Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada Jumaat (26 Apr).
Berucap di mesyuarat peringkat tinggi Forum Jaluran Ekonomi Laluan Sutera yang kedua di Beijing, Encik Lee menekankan sistem berbilang pihak masih penting dalam menangani cabaran-cabaran rentas negara yang rumit, seperti pengganasan, perubahan iklim dan penularan penyakit berjangkit.
Bagaimanapun, tindak balas hebat terhadap globalisasi di banyak negara serta sentimen kurang yakin yang semakin meningkat terhadap institusi-institusi awam dan pemerintah menjadikan lebih sukar bagi negara-negara untuk bekerjasama.
Berlandaskan latar belakang tersebut, Encik Lee berkata BRI, yang menggalak perdagangan dan hubung kait di Asia, Eropah dan seterusnya, boleh memainkan "peranan penting untuk mengukuhkan kerjasama serantau dan pelbagai pihak".
Inilah sebabnya Singapura, yang menetapkan kedudukan negara ini sebagai ekonomi terbuka dan hab global sudah lama merupakan "penyokong awal dan kuat" projek infrastruktur besar yang diterajui China itu.
Menurut Encik Lee, Singapura menumpukan perhatian kepada empat bidang dalam BRI- hubung kait prasarana, kewangan, kerjasama pasaran pihak ketiga, dan khidmat profesional serta undang-undang.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.