Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Inisiatif Ibu Sepanjang Hayat sasar ibu Melayu/Islam dilancar

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Satu inisiatif baru "Ibu Sepanjang Hayat (ISH)" yang dikhususkan untuk ibu Melayu/Islam dilancarkan hari ini (8 Mei).

Ia antara lain mahu menjadi wadah bagi mereka berkongsi pengalaman memperkasakan keluarga.

Kumpulan sokongan Ibu Sepanjang Hayat (ISH) untuk ibu Melayu/Islam dilancarkan Menteri Negara Pembangunan Sosial dan Keluarga, Sun Xueling di acara 'MUMs Day Out' di Muzium Negara.

Ia diasaskan sekumpulan ibu Melayu/Islam.

Pengasas bersama ISH, Cik Rahayu Ahmad Asli berkata bahawa pihaknya menyedari cabaran-cabaran yang dihadapi golongan ibu.

--

"Kami rasa sebagai ibu Melayu/Islam, kami lebih peka tentang keperluan masyarakat kita. Kerana itulah kami fikir tiada siapa yang dapat menanganinya dengan lebih baik selain masyarakat kita sendiri," kata Cik Rahayu.

ISH akan bekerjasama dengan Bapa Sepanjang Hayat untuk membentuk sebuah komuniti kerjasama.

Kedua-dua kumpulan itu berharap dapat menawarkan perspektif baru serta membincangkan bagaimana ibu bapa Melayu/Islam boleh disokong dengan lebih baik.

LEBIH 400 KELUARGA SERTAI ACARA DI MUZIUM NEGARA

Acara MUM’s Day Out kali ini menghimpunkan lebih 400 keluarga termasuk para penerima bantuan tiga pertubuhan - Babes Pregnancy Crisis Support, aLife dan Daughters of Tomorrow.

Salah seorang penerima bantuan adalah keluarga Cik Salimah Said .

"Saya perlukan sokongan untuk diri saya supaya keluarga saya tidak dicaci atau memberi semangat kepada saya. Saya juga ada anak kurang upaya. Mereka memberi sokongan kepada saya untuk membangkitkan keadaan keluarga saya," kata Cik Salimah yang mendapat bantuan dari Babes Pregnancy Crisis Suppor

Selain itu anaknya, seorang ibu tunggal, turut mendapat bantuan untuk perbelanjaan bayinya.

Sumber : BERITA Mediacorp/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan