Skip to main content

Singapura

Inisiatif 'I Play SG' dilanjutkan hingga Mac 2025

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Satu program rintis yang bertujuan memberikan lebih banyak pendedahan kepada pemuzik tanah air dengan memainkan lagu-lagu mereka di tempat-tempat pengangkutan awam akan dilanjutkan sehingga Mac tahun depan.

Ini selepas lagu-lagu yang dihasilkan lebih 140 artis tempatan dimainkan sekitar 8 juta kali di 125 stesen bas dan MRT.

Hasil kerjasama antara SMRT dengan Majlis Seni Kebangsaan (NAC), inisiatif 'I Play SG' ingin menyuntik kesegaran bagi sekitar tiga juta penumpang pengangkutan awam setiap hari, sambil mempromosikan persada muzik tempatan.

Artis tempatan SHAZZA berkata: "Ia benar-benar sesuatu yang buat saya rasa gembira. Saya fikir, ia memberi saya petanda ini masa yang baik untuk berada dalam industri muzik. Semasa membesar, saya tidak lihat banyak kesungguhan untuk kembangkan persada muzik tempatan. Saya lebih melihatnya sekarang, dan sangat menyenangkan untuk menjadi sebahagian daripadanya kini."

Menurut seorang pengurus artis, selain royalti yang diterima untuk muzik yang dimainkan, inisiatif ini juga mampu mendorong permintaan serta minat pasaran untuk bakat seni tanah air.

Selain sistem pengangkutan, inisiatif ini turut dikembangkan ke Marina Bay Sands serta Pusat Ekspo dan Konvensyen.

Terdapat juga rancangan untuk meluaskannya ke ruang-ruang awam lain seperti pusat-pusat membeli belah.

Menurut NAC, pihaknya sentiasa mencari rakan kongsi baharu untuk menyediakan platform bagi muzik dan seni tempatan.
Sumber : CNA/IA/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita