Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Inisiatif FamilyTrees dilancar; keluarga boleh tanam pokok untuk raikan kelahiran anak

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 12 Mar 2022 09:14PM Dikemas Kini : 12 Mar 2022 09:25PM

SINGAPURA: Keluarga-keluarga yang mempunyai anak kecil boleh turut memainkan peranan dalam usaha untuk menambah ruang hijau di Singapura sambil meraikan kelahiran anak mereka.

Inisiatif FamilyTrees dilancarkan pada Sabtu (12 Mac) untuk menggalakkan keluarga-keluarga menanam pokok dalam tempoh tiga tahun selepas anak mereka dilahirkan.

Ia adalah sebahagian daripada acara "Tahun Meraikan Keluarga SG" 2022.

Mereka yang layak untuk menyertai acara FamilyTrees boleh mendaftar secara online dan bakal menerima e-sijil pengiktirafan.

Inisiatif FamilyTrees juga merupakan sebahagian daripada gerakan untuk menanam sejuta lagi pokok di merata Singapura menjelang tahun 2030.

Inisiatif ini dilancarkan oleh Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF), Masagos Zulkifli dan Menteri Pembangunan Negara, Desmond Lee di Pantai East Coast.

Sumber : BERITA Mediacorp/IZ/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan