Inisiatif 'Eid Cheer in Eunos' PPIS diperluas, dekati hampir tiga kali ganda penerima
Anggaran Waktu Membaca:
New: You can now listen to articles.
This audio is generated by an AI tool.
SINGAPURA: Sekitar 350 isi rumah di blok sewa di Eunos Crescent menerima bungkusan kukis Hari Raya tahun ini.
Pengagihan yang sebelum ini melibatkan Blok 1 dan 2 kini diperluaskan ke Blok 12, dengan jumlah penerima meningkat hampir tiga kali ganda daripada sekitar 120 isi rumah pada tahun 2025.
Kembali buat edisi kedua, inisiatif 'Eid Cheer in Eunos' bertujuan memupuk hubungan kejiranan, mendekati penduduk secara langsung serta meningkatkan kesedaran mengenai khidmat sokongan yang tersedia kepada individu dan keluarga dalam masyarakat.
Inisiatif yang dianjurkan oleh Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS) itu turut melibatkan kerjasama beberapa pertubuhan termasuk Club HEAL, FAM (Care Corner) @ Eunos dan Muhammadiyah.
NILAI KEBERSAMAAN DALAM MASYARAKAT DIPERKUKUH
Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Dr Muhammad Faishal Ibrahim turut turun padang untuk beramah mesra dengan penduduk di samping mengagihkan bungkusan kukis Raya itu kepada mereka.
Beliau, yang juga Anggota Parlimen GRC Marine Parade–Braddell Heights, berkata: "Inisiatif seperti ini mencerminkan usaha kita untuk membangunkan nilai-nilai seperti keihsanan, saling menjaga kemaslahatan, dan mengeratkan hubungan sesama insan."
Bahkan, mereka yang bukan berbangsa Melayu turut menerima biskut Raya, sekaligus memberi ruang untuk berkongsi kegembiraan perayaan bersama rakan-rakan dari berbilang kaum dan agama.

PENDEKATAN LANGSUNG PERKENAL KHIDMAT SOKONGAN
Dalam masa yang sama, kunjungan tersebut turut memberi peluang kepada para penduduk untuk mengenali perkhidmatan yang disediakan.
"Ia menjadi landasan untuk kita melestarikan dan membangunkan program-program bersama, serta membuka lebih banyak peluang untuk menyediakan sokongan dan perkhidmatan yang lebih baik kepada masyarakat di Eunos ini," ujar Dr Faishal.
Malah, menurut Ketua Pegawai Eksekutif PPIS, Aidaroyani Adam, ia membolehkan PPIS mendekati keluarga-keluarga yang tinggal di blok sewa secara lebih peribadi.
“Kami sedar bahawa ada keluarga yang mungkin berdepan dengan pelbagai cabaran. Melalui acara seperti ini, kami boleh lebih memahami situasi mereka,” jelas beliau.
"Kami berharap pendekatan seperti ini dapat merapatkan jurang antara masyarakat dengan perkhidmatan sokongan serta memperkukuh lagi usaha menyantuni penduduk secara lebih menyeluruh," tambah Cik Aidaroyani.
Sokongan tersebut merangkumi pelbagai perkhidmatan yang disediakan oleh PPIS dan rakan-rakan komuniti seperti Club HEAL, Muhammadiyah dan Care Corner.
Ini termasuk usaha meningkatkan kesedaran tentang kesihatan mental dalam kalangan masyarakat.
Pengarah Eksekutif Club HEAL, Cik Yasmin Lum, berkata: “Melalui pendekatan yang mudah dan santai seperti ini, kami berharap dapat menormalkan perbualan mengenai kesihatan mental dan mengingatkan bahawa mereka tidak keseorangan."

Sumber : BERITA Mediacorp/bk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.