Inisiatif Biasiswa Palestin sasar kumpul S$400,000 bantu warga Palestin belajar di universiti SG
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: palestinianscholarship.sg/Instagram)
SINGAPURA: Sekumpulan rakyat Singapura telah melancarkan inisiatif yang diberi nama 'Biasiswa Palestin: Memperkasa Generasi Seterusnya Melalui Pendidikan' untuk membantu para pelajar di Palestin yang terjejas oleh konflik Israel-Hamas.
Inisiatif Biasiswa Palestin itu bermatlamat untuk menaja dua pelajar warga Palestin sekitar S$50,000 setiap seorang untuk tempoh pengajian sepenuh masa selama empat tahun di universiti-universiti tempatan di Singapura, meliputi semua kos - daripada yuran tuisyen kepada penginapan dan perbelanjaan sara hidup.
Biasiswa tersebut diharap akan membantu untuk mencerahkan lagi masa depan kedua-dua penerima biasiswa yang pembelajaran atau pengajian mereka terganggu oleh konflik yang melanda tempat tinggal mereka.
Banyak universiti dan institusi pengajian tinggi di Palestin rosak atau musnah akibat konflik Israel-Hamas, dengan akses pembelajaran terbatas bagi ramai pelajar dan mahasiswa warga Palestin.
Melalui bantuan dan sokongan orang ramai, penganjur Inisiatif Biasiswa Palestin merancang untuk mengumpul sebanyak S$400,000, yang bermatlamat untuk melengkapi para penerima biasiswa dengan kaedah untuk berkembang maju, memperkasakan diri mereka untuk menyumbang semula kepada masyarakat antarabangsa dan memacu perubahan untuk generasi akan datang.
Pihak penganjur berharap kedua-dua penerima biasiswa dari Palestin itu dapat memulakan pengajian mereka di Singapura pada tahun akademik 2025.
Pasukan yang menerajui Inisiatif Biasiswa Palestin bertanggungjawab ke atas konsep dan pelbagai kerjasama untuk menjadikan biasiswa itu sebagai satu realiti dan inisiatif tersebut berasaskan sukarelawan sepenuhnya.
Pihak penganjur bekerjasama dengan Ray of Hope, iaitu sebuah badan amal berdaftar dengan Majlis Khidmat Sosial Kebangsaan (NCSS) untuk mengumpul dana dan menguruskan semua derma yang diterima.
Sebuah Jawatankuasa Pentadbiran Biasiswa juga telah ditubuhkan, yang dipengerusikan bersama oleh Profesor Yaacob Ibrahim, mantan Menteri Perhubungan dan Penerangan dan Anthea Ong, seorang usahawan, aktivis sosial dan mantan Anggota Parlimen Dilantik (NMP).
Setakat Ahad (24 Nov), Inisiatif 'Biasiswa Palestin: Memperkasa Generasi Seterusnya Melalui Pendidikan' sudah berhasil mengumpul sekitar S$72,280.
Sila lungsuri laman https://events.rayofhope.sg/events/palestinian-scholarship-initiative/ untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Sumber : BERITA Mediacorp/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.