Inisiatif bernilai S$4.5j sedia program pemulihan awal kepada 2,000 pesakit Parkinson
Sebuah inisiatif baharu bernilai sekitar S$4.5 juta akan membawa terapi Parkinson khas lebih dekat kepada masyarakat.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sebuah inisiatif baharu bernilai sekitar S$4.5 juta akan membawa terapi Parkinson khas lebih dekat kepada masyarakat.
Program bergelar 'Mulakan Senaman dan Perkasa Parkinson', atau KEEP, itu bakal dilancarkan di 13 pusat jagaan siang.
Sasarannya adalah untuk menyokong 2,000 penghidap Parkinson sepanjang lima tahun akan datang.
Program KEEP menggabungkan senaman cergas dan latihan menguatkan otot, di samping menyokong fungsi harian serta kesihatan mental pesakit.
Beberapa teknik yang diterapkan program tersebut mungkin kelihatan mudah, tetapi boleh menjadikan pergerakan harian lebih selamat.
"Pada asasnya, fisioterapi memberi tumpuan kepada latihan yang membantu pesakit mengambil langkah lebih besar ketika mereka berjalan agar mereka tidak tersandung serta boleh berjalan dengan lebih pantas.
"Satu masalah yang mereka hadapi adalah apabila berpusing, mereka akan jatuh. Jadi kami akan ajar mereka strategi tertentu bagaimana untuk berpusing dengan selamat," kata Ketua Ahli Fisioterapi, Hospital Tan Tock Seng, Dr Chloe Chung.
Program KEEP menyasarkan individu yang menghidap Parkinson peringkat awal hingga sederhana.
Matlamatnya adalah untuk melakukan intervensi lebih awal, sebelum masalah-masalah pergerakan lain timbul.
Para peserta akan menjalani pemeriksaan setiap enam bulan untuk tempoh dua tahun, dengan lebih banyak bantuan dihulurkan sekiranya keupayaan mereka untuk bergerak terjejas atau keadaan kesihatan mereka berubah.
Lebih 10,000 penduduk diramalkan menghidap Parkinson, iaitu penyakit berkaitan sistem saraf yang kedua paling lazim berlaku di Singapura.

Sumber : CNA/FA/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.