Skip to main content

Singapura

Inisiatif baru SINDA galak pembangunan wanita India tempatan menerusi pelbagai program

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 07 May 2022 07:10PM Dikemas Kini : 07 May 2022 09:55PM

SINGAPURA: Sebuah pasukan bertindak baru ditubuhkan untuk memperkasa dan membangun wanita India tempatan menerusi pelbagai program.

Inisiatif Persatuan Pembangunan India Singapura atau SINDA itu melengkapi usaha-usaha Kertas Putih mengenai Pembangunan Wanita yang didedahkan di peringkat nasional baru-baru ini.

Dilancarkan Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Indranee Rajah yang juga merupakan Presiden badan bantu diri itu, SINDA berharap, menerusi usaha tersebut, masyarakat India akan dapat merapatkan jurang bagi cabaran-cabaran yang dihadapi wanita India tempatan.

Antara bidang tumpuan termasuklah membantu wanita India menangani cabaran, memupuk cita-cita mereka, menggalak gaya hidup sihat serta mendorong lebih ramai wanita India menceburi bidang pengajian STEM iaitu Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik.

Sumber : CNA/DY/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita