Inisiatif baru 'SHE Sneak Peek' sokong 250 pelajar perempuan kurang bernasib baik raih pengalaman kerja
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Golongan wanita kurang bernasib baik bakal berpeluang mencuba pekerjaan dalam sektor berbeza-beza.
Diberi nama 'SHE Sneak Peek', program selama setahun itu membolehkan sekitar 250 pelajar perempuan menyertai penempatan kerja yang singkat di agensi Pemerintah mahupun sektor privet.
Program yang dianjurkan badan bebas, SHE, itu bakal dilancarkan bulan depan.
Mengumumkannya di acara Hari Wanita Sedunia, Menteri Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam menarik perhatian pembangunan wanita di Singapura sudah membuat kemajuan besar tetapi sikap pilih kasih dan stereotaip masih ada.
Encik Shanmugam menambah sektor privet ada peranan besar untuk memupuk perubahan minda dan sikap yang betul terhadap wanita.
"Kita sudah mencapai kemajuan baik tetapi usaha itu masih berterusan. Demi membawa perubahan positif yang berpanjangan, kita perlu memupuk pemikiran yang betul serta usaha masyarakat secara menyeluruh," kata Encik Shanmugam.

Sumber : CNA/RU/fz
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.