Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Inisiatif baru Pelan Hijau S'pura galak masyarakat perjuang isu kemampanan

Anggaran Waktu Membaca:
Inisiatif baru Pelan Hijau S'pura galak masyarakat perjuang isu kemampanan

Pemandangan Hutan Clementi yang dipetik pada 9 Feb 2021 (Gambar: CNA)

SINGAPURA: Satu inisiatif baru yang melibatkan masyarakat memacu kemampanan alam sekitar dilancarkan di bawah Pelan Hijau Singapura.

Inisiatif Tindakan Hijau untuk masyarakat ini akan dilancarkan di setiap lima daerah di Singapura.

Bengkel-bengkel bina kapasiti juga akan diadakan bagi para pemimpin akar umbi, para sukarelawan dan mereka yang memperjuangkan isu kemampanan.

Mereka akan menghasilkan Pelan Bertindak Masyarakat yang unik bagi kawasan mereka.

Ini melibatkan perkongsian idea, memikirkan projek yang berpotensi, serta sasaran yang ingin dicapai.

Kumpulan-kumpulan ini kemudian akan mendekati para penduduk untuk merealisasikan rancangan mereka.

Sumber : BERITA Mediacorp/IA/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan