Inisiatif baru NUHS sokong keperluan kesihatan 1.1 juta penduduk di kawasan barat SG

(Gambar: NUHS)
SINGAPURA: Penduduk di bahagian barat Singapura kini boleh mendapatkan pemeriksaan kesihatan percuma dan menggunakan wadah online untuk menilai kesihatan mereka.
Inisiatif "Health Together" yang dilancarkan oleh Sistem Kesihatan Universiti Nasional (NUHS), bertujuan menyokong keperluan 1.1 juta penduduk di kawasan itu.
Perkhidmatan baru itu disediakan di Pusat Perubatan Jurong.
Antara lain, ia akan menumpukan perhatian kepada langkah-langkah pencegahan dan mengurangkan risiko penyakit kronik.
"Ada lebih 1.1 juta penduduk yang tinggal di kawasan Barat Singapura dan risiko penyakit kronik dalam penduduk kita tidak sedikit," kata Menteri Pembangunan Negara Desmond Lee, yang juga merupakan penasihat akar umbi Boon Lay.
Tambah beliau: "Contohnya, daripada 1.1 juta penduduk yang tinggal di barat, sembilan peratus daripada mereka atau 102,000 orang menghidap kencing manis. Jika kita tidak melakukan apa-apa mengenainya, bilangannya akan bertambah."
Justeru, pusat itu juga akan menyediakan program jagaan kemasyarakatan.
Ini termasuk membantu pesakit apabila keluar dari hospital untuk pulang ke rumah mereka atau mencari doktor keluarga paling dekat.
Dengan pelaksanaan rancangan kesihatan berbentuk pencegahan di peringkat nasional, doktor masyarakat juga memainkan peranan penting.
Untuk melincinkan peralihan itu, NUHS sedang bekerjasama dengan lebih 100 orang doktor di kawasan tersebut untuk menggalak pesakit menyertai pelbagai kegiatan kemasyarakatanyang dianjurkan seperti menjadi relawan.
Khidmat baru itu boleh diakses melalui aplikasi NUHS lewat tahun ini.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.