Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Inisiatif baru diperkenal bagi dampingi individu dengan isu kesihatan mental

Satu inisiatif baru diperkenalkan untuk mengingatkan orang ramai mereka tidak keseorangan dalam menangani isu kesihatan mental.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 02 Jun 2022 07:50PM Dikemas Kini : 02 Jun 2022 09:54PM
SINGAPURA: Satu inisiatif baru diperkenalkan untuk mengingatkan orang ramai mereka tidak keseorangan dalam menangani isu kesihatan mental.

Inisiatif itu akan menyaksikan para penduduk di Queenstown mengadakan perbincangan terbuka tentang isu kesihatan mental yang mungkin dialami jiran tetangga mereka.

Inisiatif tersebut diterajui bersama Khidmat Keluarga TOUCH, Majlis Kebangsaan Khidmat Sosial dan GRC Tanjong Pagar.

Ada juga rancangan untuk mengadakan bengkel dan pameran bagi mendidik rakyat tentang isu kesihatan mental.

Semasa melancarkan program-program itu, Menteri Pendidikan Chan Chun Sing menekankan peri pentingnya para penduduk bersatu untuk menyediakan sokongan bagi satu sama lain.
Sumber : CNA/RU/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan