Skip to main content

Singapura

Inisiatif baru dilancar bagi hargai jasa pekerja pengangkutan awam

Tahukah anda antara cabaran-cabaran para pekerja dalam sektor pengangkutan awam? Semestinya, anda sudah dapat membayangkan kesulitan yang dihadapi mereka, terutama sekali ketika berlaku sebarang gangguan pada khidmat kereta api.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 21 Oct 2018 06:34PM Dikemas Kini : 21 Oct 2018 11:36PM

SINGAPURA: Tahukah anda antara cabaran-cabaran para pekerja dalam sektor pengangkutan awam? Semestinya, anda sudah dapat membayangkan kesulitan yang dihadapi mereka, terutama sekali ketika berlaku sebarang gangguan pada khidmat kereta api.

Bagi Encik Mashardi Abdullah Mawardi, waktu bekerjanya boleh dikatakan agak panjang. Encik Marshadi bekerja sebagai seorang pegawai kanan khidmat pelanggan.

"Setiap hari saya akan berada di dalam gerabak kereta api dari jam 6.00 pagi. Saya akan bergerak dari gerabak ke gerabak untuk melihat sekiranya ada penumpang yang memerlukan bantuan," kata Encik Marshadi.

Namun, meskipun penat berulang-alik dari gerabak ke gerabak, Encik Marshadi seringkali berasa berbesar hati kerana sikap sebilangan penumpang yang sangat prihatin.

Related article image

Encik Mashardi Abdullah Mawardi. 

"Ada yang mengucapkan terima kasih kerana kami bantu mereka. Ada juga memahami situasi kami dan cara tugas kami yang bekerja buat jangka masa panjang," tambah Encik Marshadi.

Dengan harapan dapat membawa kesan positif seperti inilah, satu kempen baru dilancarkan hari ini (21 Okt) bagi menggalak orang ramai mengucapkan terima kasih dan memberikan penghargaan kepada para pekerja pengangkutan awam.

Di bawah inisiatif itu, para penumpang boleh memberikan penghargaan dengan berkongsi ucapan dan pujian secara online dengan menyertakan hashtag #thankyouPTworkers.

Di samping itu, mulai bulan depan, para pekerja pengangkutan awam akan diberikan potongan harga untuk membeli makanan dan minuman daripada kedai-kedai yang menyertai inisiatif itu.

400 pekerja yang memberikan khidmat cemerlang pula akan diraikan dalam satu majlis penghargaan di Istana.

Sempena pelancaran kempen itu tadi, Setiausaha Parlimen Kanan Pengangkutan Baey Yam Keng juga melawat para pekerja di pusat pertukaran bas dan MRT Tampines.  

Sumber : CNA/SS/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita