Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Inisiatif baharu tawar laluan kerjaya sektor keselamatan siber

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 09 Jul 2024 09:14PM Dikemas Kini : 10 Jul 2024 07:39AM
SINGAPURA: Menteri Pendidikan Chan Chun Sing mengumumkan satu inisiatif baharu di Forum Pembukaan Pesta SkillsFuture pada Selasa (6 Jul).

Iaitu, menarik minat mereka yang ingin menceburi bidang keselamatan siber.

Laluan kerjaya yang baharu itu menawarkan latihan terkait industri tersebut serta membawa kepada pensijilan.

Ini bagi peringkat asas, atau di peringkat siap untuk menceburi bidang keselamatan siber.

Turut tersedia, peluang untuk kerja amali atau pekerjaan.

13 majikan, termasuk ST Engineering dan GovTech, terlibat dalam inisiatif baharu SkillsFuture tersebut.

"Teknologi yang berkembang seperti AI (Kecerdasan Buatan) dan quantum menjadikan landskap teknologi dan ancaman siber lebih rumit," kata Encik Chan.

"Kami dapati meningkatnya permintaan untuk kemahiran seperti operasi keselamatan dan respons kepada insiden, serta kemahiran lebih tinggi seperti penilaian mengenai kelemahan serta analisis ancaman," tambahnya.
Sumber : CNA/IQ/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan