Inisiatif baharu East Coast galak penduduk berjimat; pupuk tabiat lebih mesra alam
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Satu inisiatif baharu dilancarkan di East Coast bagi menggalak para penduduknya menjimatkan wang sambil memupuk tabiat lebih mesra alam.
Para penduduk di East Coast kini boleh mendapatkan diskaun sehingga 10 peratus apabila membawa bekas makanan boleh diguna semula ketika melanggani sekitar 70 vendor yang mengambil bahagian.
Anggota Parlimen bagi GRC itu, Dr Mohamad Maliki Osman, berkata setiap anggota masyarakat memainkan peranan untuk menyokong inisiatif kemampanan itu.
Ini membolehkan usaha-usaha yang diterajui masyarakat mencapai sebuah masa depan yang lebih hijau.
Dr Maliki berkata: "Kita sebagai rakyat Singapura mempunyai peranan kita sendiri untuk membantu memastikan bahawa persekitaran kita dapat kita kawal dengan baik dan dapat kita mencapai tahap kemampanan yang lebih baik lagi.
"Kedua adalah bagaimana kita boleh menyokong mereka yang menyelenggarakan gerai-gerai kita di sini.
"Ketiga adalah kami harap bahawa ini akan mencapai tujuan jangka masa yang lebih panjang di mana East Coast menunjukkan keprihatinan kita kepada mereka yang kurang berkemampuan mungkin kerana ini akan membantu daripada isu kos sara hidup yang kian meningkat. "
Lebih 100 penduduk di Siglap menerima pek barangan yang boleh diguna semula termasuk set sudu garpu, bekas makanan dan botol air.
Inisiatif itu dilancarkan di Pusat Makanan Bedok yang baru dibuka semula selepas tiga bulan menjalani kerja-kerja naik taraf.
Selain dicat semula, pusat makanan itu juga dipasang kipas-kipas baharu untuk pengaliran udara yang lebih baik.

Sumber : CNA/FZ/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.