Inisiatif baharu bantu syarikat besar terap amalan pengurusan rantaian bekalan hijau
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Syarikat-syarikat besar kini boleh bekerjasama dengan persekutuan syarikat pengilangan untuk menerapkan amalan pengurusan rantaian bekalan hijau.
Antara yang pertama ialah Mandai Wildlife Group yang bekerjasama dengan pembekal dan kontraktor
untuk beralih kepada alternatif yang mampan.
Lawatan ke taman haiwan kini lebih bersih dan hijau dengan pengunjung menaiki bas ulang-alik elektrik.
Keseluruhan armada pengangkutannya kini menggunakan kuasa elektrik sepenuhnya di bawah Program Kecemerlangan Hijau.
Perkongsian antara Mandai Wildlife Group dengan Persekutuan Pengilangan Singapura itu juga turut menghasilkan produk mainan yang mesra alam untuk kedai cenderamata.
Dengan lebih daripada empat juta pengunjung pada tahun 2023, Mandai Wildlife Park ingin menguruskan sisa yang dihasilkan dengan lebih baik.
Tidak lama lagi, akan ada mesin yang menimbang jumlah sampah yang dikumpulkan.
Langkah itu memberikan data berharga mengenai kawasan di mana sisa boleh dikurangkan.
Kontraktor firma tersebut juga sedang mengkaji cara untuk mengurangkan pelepasan karbon dari trak sampahnya.
Di bawah perjanjian itu, firma-firma dalam rantaian bekalan Mandai Wildlife boleh mendapat akses kepada perunding pakar.
Lebih daripada 1,000 pembekalnya boleh memanfaatkan kepakaran mereka tentang cara untuk mengurangkan pelepasan karbon dalam operasi mereka.
Pihak persekutuan berharap pendekatan tersebut dapat membantu lebih banyak firma menjadi mesra alam.

Sumber : CNA/AA/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.