Inisiatif $50 juta bantu kedai kejiranan dakapi pendigitalan
SINGAPURA: Sebuah program $50 juta bakal dilancarkan untuk membantu kedai-kedai di estet kejiranan.
Diberi nama Our Heartlands 2025, ia bertujuan meningkatkan kemampuan digital kedai sedemikian dan memberi nafas baru kepada kedai milik keluarga supaya menarik lebih ramai pelanggan.
Inisiatif itu akan membantu peruncit mengharungi cabaran tingkah laku pelanggan yang berubah-ubah dan persaingan yang sengit.
Lebih banyak sokongan boleh dimanfaatkan kedai milik keluarga dengan inisiatif Our Heartlands 2025.
Program empat tahun itu bertujuan membantu sembilan daripada 10 kedai kejiranan mendakapi pendigitalan.
Program berkenaan juga akan memperluaskan program Perdagangan Visual Kejiranan serta meningkatkan kemampuan persatuan runcit kejiranan.
Bagi menggalak perbelanjaan di kedai-kedai tersebut, lebih sembilan daripada 10 isi rumah rakyat Singapura sudah menebus baucar Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) setakat minggu ini.
Secara keseluruhan, baucar bernilai $62 juta sudah digunakan di lebih 90 peratus perniagaan yang terlibat.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.