Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Inisatif baru diperkenal bagi para pemohon pekerjaan

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 01 Dec 2022 08:31PM Dikemas Kini : 14 Dec 2022 07:16PM
SINGAPURA: Pelbagai usaha turut dilaksanakan di peringkat akar umbi bagi membantu pencari pekerjaan.

Kawasan undi Choa Chu Kang dan Hong Kah North memperkenalkan satu inisiatif baru khusus bagi para pemohon pekerjaan.

Di bawah inisiatif itu, para pembimbing kerjaya akan berkongsi nasihat tentang kerjaya dan pelbagai tip bagi mempersiapkan diri untuk temu bual.

Dilancarkan semasa satu pesta kerjaya masyarakat, Stesen Sumber Kerjaya itu juga bertujuan meningkatkan langkah memadankan kerjaya bagi para calon selain menyingkatkan tempoh pengambilan pekerja.

Para pemohon kerja juga akan didedahkan kepada pekerjaan yang ditawarkan dalam sektor IT dan mesra alam.

Pameran itu akan bergerak ke daerah-daerah berbeza kedua-dua kawasan undi tersebut sepanjang bulan depan.

"Saya berpendapat bahawa hampir kesemuanya menawarkan latihan supaya para pekerja yang tidak memiliki kemahiran boleh mendaftarkan diri, dan mereka akan menyediakan latihan yang diperlukan," kata Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Gam Kim Yong.

"Ini adalah bahagian penting kisah ekonomi kita, agar kita terus meningkatkan kemahiran para pekerja kita, meningkatkan perniagaan-perniagaan kita, meningkatkan ekonomi kita supaya kita mencapai masa depan yang lebih baik bagi Singapura dan rakyat Singapura," tambahnya.
Sumber : CNA/AI/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan