Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Inilah kemuncak tarikan Perbarisan Hari Kebangsaan 2019 di Padang

Perbarisan Hari Kebangsaan tahun ini kembali ke Padang sedang Singapura meraikan ulang tahunnya yang ke-54 dan sempena memperingati Dwiabad Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
Inilah kemuncak tarikan Perbarisan Hari Kebangsaan 2019 di Padang

(Gambar: Najeer Yusof/TODAY)

Diterbitkan : 10 Aug 2019 12:36PM Dikemas Kini : 10 Aug 2019 01:26PM

SINGAPURA: Perbarisan Hari Kebangsaan tahun ini kembali ke Padang sedang Singapura meraikan ulang tahunnya yang ke-54 dan sempena memperingati Dwiabad Singapura.

Sekiranya anda terlepas menyaksikan Perbarisan Hari Kebangsaan, anda boleh menontonnya di pautan YouTube di bawah, serta gambar-gambar dan video terpilih oleh Mediacorp.

8.19mlm: Presiden Halimah Yacob berswafoto dengan sebilangan peserta sebelum meninggalkan perbarisan.

(Gambar: Nuria Ling/TODAY)

(Gambar: Nuria Ling/TODAY)

8.15mlm: Selamat Menyambut Hari Kebangsaan! Sungai Singapura dan latar langit Marina Bay bermandi cahaya dengan pertunjukan bunga api apabila perbarisan itu sampai ke penghujungya.

7.50mlm: Para artis Yung Raja, Wheelsmith, Fariz Jabba, Bani Hidir, Beverly Morata, Mel Ferdinands dan Robert Fernando mempersembahkan lagu "Stand Up For Singapore".

7.26mlm: Segmen persembahan bermula.

(Gambar: Raj Nadarajan/TODAY)

(Gambar: Raj Nadarajan/TODAY)

7.12mlm: Sebanyak 171 aset Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) dan Home Team dipamerkan dalam segmen perarakan kenderaan.

(Gambar: Nuria Ling/TODAY)

(Gambar: Nuria Ling/TODAY)

6.58ptg: Jet pejuang F-15SG mengaum di udara sekaligus menyempurnakan pertunjukan udara dengan aksi aerobatik dinamik (dynamic manoeuvres), termasuk melakukan penerbangan secara menegak.

6.45ptg: Ia bermula dengan acara terbang lalu bendera negara, disusuli dengan terbang lalu lima jet pejuang F-15SG dari Angkatan Tentera Udara Republik Singapura (RSAF).

6.50ptg: Presiden Halimah Yacob periksa perbarisan.

(Gambar: Ooi Boon Keong/TODAY)

(Gambar: Ooi Boon Keong/TODAY)

6.44ptg: Ketibaan Presiden Halimah Yacob

(Gambar: Raj Nadarajan/TODAY)

(Gambar: Raj Nadarajan/TODAY)

6.20ptg: Perdana Menteri Lee Hien Loong tiba di Padang

6.15ptg: Para penonton menyambut ketibaan Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad, Presiden Indonesia Joko Widodo dan Sultan Brunei Hassanal Bolkiah di Padang.

6.10ptg: Kami memulakan sambutan ulang tahun dengan melakukan "Padang Wave"!

6ptg: Segmen kegemaran ramai - aksi payung terjun Red Lions dari ketinggian lebih 4,000 meter.

5.20ptg: Para penonton mula berhimpun di Padang. Suasana bertambah ghairah dan meriah!

Sumber : Today/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan