Inilah antara cara bagaimana pasar raya SG bakal kendali bayaran beg plastik
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Sheng Siong, CNA/Koh Wan Ting)
SINGAPURA: Dari mesin yang menyediakan beg hingga ke kod bar barangan pembelian, para pengendali pasar raya sedang bersiap sedia bagi bayaran beg plastik yang akan berkuat kuasa mulai 3 Julai.
Sheng Siong akan menggunakan mesin beg tersebut sementara kebanyakan rangkaian pasar raya akan bergantung kepada sistem 'meletak kepercayaan pada pelanggan" untuk mengimbas kod bar barangan, kongsi pengendali pasar raya itu kepada Mediacorp.
Mulai 3 Julai, pengendali pasar raya besar dengan pendapatan tahunan lebih S$100 juta diperlukan mengenakan bayaran sekurang-kurangnya 5 sen bagi setiap beg pakai buang.
Pengendali pasar raya besar sedemikian membentuk sekitar dua pertiga - atau sekitar 400 - daripada kesemua pasar raya di Singapura.
Kebanyakan pasar raya besar memberitahu Mediacorp pihaknya tidak akan mengenakan bayaran melebihi 5 sen setiap beg. Mediacorp bertanya pengendali seumpama ini bagaimana mereka akan mengawal selia bayaran beg plastik tersebut di kios layan diri.
Hanya beg plastik bersaiz besar akan dikeluarkan daripada mesin itu dan pelanggan yang mahukan beg lebih kecil harus membayar di kaunter pembayaran dengan juruwang.
Buat masa ini, hanya lima daripada 69 cawangan Sheng Siong mempunyai kaunter layan diri. Kaunter-kaunter itu akan dilancarkan di lebih banyak cawangan secara beransur-ansur, menurut jurucakap Sheng Siong.
Hasil daripada bayaran beg plastik itu akan disalurkan kepada tujuan sosial dan alam sekitar, jelas jurucakap itu.
KOD BARANGAN DAN SISTEM LETAK KEPERCAYAAN PADA PELANGGAN
Pada Isnin (19 Jun), NTUC Fairprice menyatakan pihaknya bergantung kepada sistem "meletak kepercayaan pada pelanggan" bagi mereka yang menggunakan kaunter layan diri.
Pelanggan perlu mengimbas kod bar barangan pada monitor di setiap kaunter layan diri bagi beg plastik yang mereka ambil.
Ketua Pegawai Kemampanan FairPrice Group Chan Tee Seng berkata sistem itu akan sebahagian besarnya bergantung kepada sifat amanah, dengan para pelanggan mengimbas kod barangan yang diperlukan.
Serupa dengan NTUC FairPrice, pasar raya Cold Storage dan Giant turut menyiapkan kod barangan yang perlu diimbas pelanggan bagi setiap beg plastik yang diambil di kaunter layan diri.
Pengendali Cold Storage turut mengesahkan proses di pasar rayanya akan berdasarkan sistem serupa.
Di 24 cawangan Prime Supermarket, setiap beg plastik akan dilengkapi dengan kod barangan. Sekeping kad dengan kod barangan juga akan disediakan di kaunter layan diri sebagai pilihan alternatif.
Meskipun sebilangan cawangannya yang lebih kecil tidak mempunyai kaunter layan diri, kebanyakan cawangan lain ada kaunter sedemikian, menurut jurucakap Prime Supermarket.
"Kakitangan yang ditempatkan di (kaunter) layan diri akan menghulurkan sendiri beg plastik kepada pelanggan," jelasnya kepada Mediacorp.
Kakitangan tersebut akan menyediakan beg plastik dan memastikan pelanggan mengimbas kod barangan itu.
Semasa ditanya sama ada pengendali prihatin sekiranya pelanggan mungkin tidak mengimbas setiap beg, jurucakap itu menjelaskan pelanggan mungkin terlepas pandang tentang bayaran itu kerana ia sesuatu yang baru untuk mereka.
Pelanggan yang terlupa membawa beg mereka sendiri apabila bayaran itu dimulakan boleh membeli beg yang dipakai semula di cawangan itu, menurut jurucakap tersebut.
Hasil yang diraih daripada bayaran itu akan disalurkan kepada tujuan amal, menurut Prime Supermarket.

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.