Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Ini senarai 900 klinik diaktifkan semasa COVID-19

Mulai Selasa (18 Feb), sekitar 900 klinik doktor biasa (GP) diaktifkan secara bertahap-tahap sebagai Klinik Persediaan Kesihatan Awam (PHPC) untuk mengesan dan menguruskan dengan lebih baik virus korona COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Ini senarai 900 klinik diaktifkan semasa COVID-19
Diterbitkan : 19 Feb 2020 06:42PM Dikemas Kini : 20 Feb 2020 02:05PM

SINGAPURA: Mulai Selasa (18 Feb), sekitar 900 klinik doktor biasa (GP) diaktifkan secara bertahap-tahap sebagai Klinik Persediaan Kesihatan Awam (PHPC) untuk mengesan dan menguruskan dengan lebih baik virus korona COVID-19, lantaran itu, mengurangkan kadar penularan. Poliklinik-poliklinik juga diaktifkan bagi tujuan sama.

Menurut Kementerian Kesihatan (MOH), klinik-klinik itu sudah dimaklumkan tentang kepentingan kawalan jangkitan dan biasa dengan protokol jagaan yang wajar. Ia akan dibekalkan dengan peralatan perlindungan peribadi (PPE) yang perlu untuk menangani kes COVID-19. PHPC digunakan untuk menangani keadaan jerebu dan penularan wabak influenza A H1N1 pada 2009.

Kali ini, sekitar 900 klinik GP merata negara sudah diambil sebagai PHPC dan ada cara yang mudah untuk mencari lokasinya. Lungsuri saja ke https://www.flugowhere.gov.sg/ untuk mencari klinik yang berdekatan dengan anda. Tandakan laman itu atau tambahkan klinik-klinik berhampiran tersebut ke dalam senarai Google Maps anda jika mahu.

Lebih penting lagi, pergi jumpa doktor sekiranya anda mengalami simptom-simptom pernafasan seperti demam, batuk, sakit tekak dan selesema.

Bagi menggalak individu dengan simptom-simptom seumpama itu untuk mendapatkan rawatan, pesakit yang mengunjungi PHPC dan poliklinik akan menerima kadar bersubsidi mulai 18 Februari.

Rakyat Singapura dan Penduduk Tetap (PR) hanya perlu membayar kadar tetap bersubsidi sebanyak S$10 manakala warga tua Generasi Perintis dan Generasi Merdeka pula membayar S$5.

Doktor akan memberi sijil perubatan cuti sakit (MC) lima hari kepada pesakit yang mengalami simptom penyakit pernafasan dan jika keadaan itu berterusan, pesakit dinasihati pulang ke klinik yang sama bagi pemeriksaan lanjut.

Dapatkan lebih banyak maklumat di https://www.flugowhere.gov.sg/

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan