Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Ini sebab Lapangan Terbang Changi terbaik di dunia - monyet pun tertarik

Lapangan Terbang Changi menerima pelancong luar biasa pada pagi Isnin (29 Okt) - seekor monyet kelihatan berkeliaran di dewan berlepas Terminal 3.

Anggaran Waktu Membaca:
Ini sebab Lapangan Terbang Changi terbaik di dunia - monyet pun tertarik

Petikan gambar dari video menunjukan seekor monyet di Lapangan Terbang Changi.

Diterbitkan : 30 Oct 2018 09:30AM Dikemas Kini : 30 Oct 2018 09:34AM

SINGAPURA: Lapangan Terbang Changi menerima pelancong luar biasa pada pagi Isnin (29 Okt) - seekor monyet kelihatan berkeliaran di dewan berlepas Terminal 3.

Menurut Changi Airport Group kepada Mediacorp, haiwan tersebut berjaya ditangkap dengan bantuan Persatuan Pendidikan dan Kajian Keprihatinan Haiwan (ACRES).

"Seekor monyet kelihatan pada waktu pagi di dewan berlepas Lapangan Terbang Changi Terminal 3," menurut pengendali lapangan terbang itu. "Changi Airport Group mendapatkan bantuan ACRES, sekali gus berjaya menangkap haiwan itu dengan selamat."

"Tiada sebarang gangguan yang berlaku terhadap operasi lapangan terbang semasa insiden itu."

Rakaman video yang tular di WhatsApp menunjukan seekor monyet sedang memanjat tiang siling dewan berlepas lapangan terbang itu.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan