Ini peraturan baru untuk beli rumah berkuat kuasa mulai 10 Mei
Peraturan mengenai penggunaan simpanan CPF dan pinjaman perumahan HDB dijadikan lebih fleksibel untuk para pembeli rumah.
SINGAPURA: Peraturan mengenai penggunaan simpanan CPF dan pinjaman perumahan HDB dijadikan lebih fleksibel untuk para pembeli rumah.
Sebelum ini, peraturan bagi pembayaran pinjaman tertumpu kepada baki tempoh pajakan sesebuah hartanah.
Bagaimanapun, bermula esok, ia akan memberi tumpuan kepada sama ada tempoh pajakan tersebut sepanjang hayat si pembeli iaitu sehingga 95 tahun.
Demikian diumumkan Kementerian Pembangunan Negara (MND) dan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada Khamis (9 Mei).
Perubahan tersebut menyasarkan pembelian flat HDB, hartanah privet serta kondominium eksekutif dan berkuatkuasa Jumaat (10 Mei). Ia dilakukan sedang jangka hayat penduduk semakin panjang di Singapura.
Sebelum ini, pilihan untuk membayar rumah flat HDB bergantung kepada baki tempoh pajakan.
Pembeli boleh menggunakan simpanan CPF dan pinjaman HDB hanya jika hartanah tersebut mempunyai baki tempoh pajakan sekurang-kurangnya 60 tahun.
Bagi flat HDB, pembeli boleh juga mendapatkan pinjaman sehingga 90 peratus.
Namun, jika ia kurang dari 60 tahun, pembeli boleh menggunakan CPF mereka mengikut kiraan pro rata tetapi hanya jika tempoh pajakan tinggal 30 tahun lagi dan mengikut usia pemilik termuda, sehingga 80 tahun.
Terdapat juga kriteria untuk layak menerima pinjaman dari HDB.
Mulai esok, peraturan-peraturan baru akan memberi tumpuan kepada tempoh pajakan yang sepanjang hayat si pembeli.
Seandainya rumah tersebut boleh didiami sehingga si pembeli berusia sekurang-kurangnya 95 tahun, mereka layak untuk memaksimumkan pengunaan CPF dan pinjaman berkaitannya.
Jika itu bukan halnya, penggunaan CPF dan pinjaman boleh digunakan berdasarkan kadar pro rata. Namun, peraturan dasarnya adalah tempoh pajakan seharusnya 20 tahun atau lebih sebelum ia layak.
Pihak berkuasa menyatakan kebanyakan pembeli tdak akan terjejas dengan perubahan itu kerana 98 peratus rumah HDB dan 99 peratus hartanah privet mempunyai tempoh pajakan melebihi 95 tahun.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.