Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Ini padahnya jika syarikat kaut keuntungan berlebihan dari kenaikan GST...

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 16 Mar 2022 07:55PM Dikemas Kini : 16 Mar 2022 08:30PM

SINGAPURA: Syarikat-syarikat yang mengambil kesempatan ke atas kenaikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tahun depan untuk mengaut keuntungan berlebihan mungkin akan didedahkan kepada awam.

Menurut Jawatankuasa Menentang Pencatutan yang bertemu untuk menyelidik isu itu, tidak munasabah bagi para peniaga menaikkan harga sebelum kenaikan GST dilaksanakan.

Namun, tindakan tidak akan diambil terhadap syarikat-syarikat yang menaikkan harga akibat gangguan rantaian bekalan global dan harga sumber tenaga yang kian meningkat.

Jawatankuasa tersebut akan memberi tumpuan kepada makanan asas seperti telur dan sayur serta barangan asas lain seperti produk isi rumah.

Orang awam boleh memberi maklum balas tentang kenaikan harga tidak munasabah menerusi laman web jawatankuasa tersebut.

Menteri Negara Perdagangan dan Perusahaan Low Yen Ling berkata maklum balas akan disemak mengikut kes.

Jawatankuasa itu akan mendampingi para peniaga berkenaan untuk menentukan sebab harga dinaikkan.

"Tumpuannya adalah untuk meningkatkan ketelusan dan penetapan harga bagi membolehkan persaingan pasaran bebas dijalankan seperti yang sepatutnya. Jadi perniagaan yang telus dan jujur tidak perlu bimbang," kata Cik Low. 

Sementara itu, para pengguna boleh menggunakan aplikasi Price Kaki oleh Persatuan Pengguna Singapura (CASE) untuk membandingkan harga lebih 4,000 barangan.

Sumber : CNA/ZM/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan