Ini keistimewaan sajian tradisi 'Yusheng' sempena Tahun Baharu Cina

Menurut sejarah, sajian ini dikatakan mula disajikan lebih 1,500 tahun lalu di kawasan pantai di selatan negeri China semasa zaman Dinasti Song.
Malah idea untuk menghasilkan hidangan ini tercetus apabila terdapat baki makanan selepas meraikan Tahun Baharu Cina.
Ia merangkumi seperti limau bali, halia, lobak merah, lobak putih, keropok dan sebagainya.
Oleh sebab tidak mahu membazir makanan, mereka telah menyatukan baki makanan ini menjadi satu dan dicampurkan dengan perasa seperti lada hitam dan putih, minyak, sos plum dan bahan-bahan lain.
Bagi masyarakat Cina, perayaan tahun baharu tidak lengkap tanpa sajian Yusheng. Ia sangat simbolik dan mempunyai makna istimewa yang tersendiri dan dilihat sebagai simbol kepada kemewahan, kekayaan, kebahagiaan dan kemakmuran.

'Yu' bermaksud ikan dan ia juga mempunyai persamaan sebutan dengan perkataan senang.
'Sheng' pula bermaksud mentah yang sering disamakan dengan kelahiran semula.
Apabila digabungkan, 'Yusheng' merangkumi campuran hirisan pelbagai sayuran seperti lobak putih dan merah, kepingan ikan mentah, halia dan kekacang yang ditumbuk serta dilengkapi dengan sampingan seperti sos plum dan jus limau.
Maka tidak hairanlah jika ia merupakan hidangan pembuka selera bagi mereka yang menikmatinya.
Menurut kaum berbangsa Cina, mereka percaya seseorang akan diberkati dengan kesejahteraan dan dipanjangkan umur apabila mereka menikmati sajian tradisi ini.
Namun, seiring dengan perubahan waktu, hidangan ini bukan sahaja dinikmati oleh kaum Cina malah sering disertai oleh pelbagai kaum contohnya di tempat kerja seperti di pejabat bagi sama-sama merasai keunikan Yusheng.
Ia juga merupakan peluang terbaik untuk semua orang berkumpul tidak mengira kaum dan agama, duduk semeja menikmati Yusheng sebagai sebuah keluarga besar dan sekali gus dapat mengeratkan lagi silaturahim.
LAMBANG 'LO HEI'
Upacara ‘lo hei’ pula selalunya diadakan sebelum acara makan dengan semua orang berkumpul mengelilingi meja dan akan menggaul serta melambung isi 'Yusheng'.
Mereka akan mengucapkan kata-kata seperti agar rezeki bertambah, dilanjutkan usia selain dikurniakan dengan keluarga yang bahagia.
Ini dengan harapan agar tuah dan rezeki akan bertambah pada tahun mendatang.

Bahkan masyarakat Cina juga percaya semakin tinggi 'Yusheng' diangkat, dilambung dan digaul, maka lebih banyak juga kemakmuran.
Apabila menikmatinya beramai-ramai pula, selalunya perkataan ‘lo hei’ yang bermakna 'gaul naik' dijerit, dengan harapan agar dapat diberi kesihatan yang lebih baik kepada seseorang.
YUSHENG HALAL
Bagi yang belum pernah mencuba 'Yusheng' dan teringin untuk menjemah sajian ini, inilah masa yang tepat.
Malah tidak sukar untuk mendapatkan 'Yusheng' halal di kota Singa pada musim perayaan Tahun Baharu Cina.
Berikut antara tempat-tempat yang boleh anda dikunjungi atau membuat tempahan.
J65 by Jen Singapore Tanglin
Restorna ini menawarkan set sajian 'Yusheng' yang boleh dibawa pulang atau 'takeaway'. Antara set yang disediakan termasuk 'Prosperity Delight', 'Fortune Feast Set' dan 'Longevity Treasure Set'. Setiap set juga sesuai untuk dinikmati sehingga 5 orang. Harga bermula dari S$288 hingga S$438.

Digelar 'Grain’s Fortune Salmon Yu Sheng', sajian ini direka khas menggunakan sos plum yang dihasilkan sendiri dengan campuran pelbagai sos dan 8 bahan yang lain. Anda boleh mula membuat tempahan bagi 'Fortune Salmon Yu Sheng' untuk mencubanya.

Nikmati set 'Prosperity Salmon Yu Sheng' dengan harga $78 dan $168. Bagi yang lebih gemar menikmati ikan tongkol, anda boleh menikmati 'Tuna Yu Sheng' pada harga $78 dan $108. Selain pilihan ikan, terdapat juga 'Abalone Yu Sheng' pada harga $108 dan $138. Selain itu, restoran ini turut menawarkan Vegetarian Yu Sheng pada harga $68 dan $98.

Raikan Tahun Baharu Cina bersama rakan-rakan sepejabat anda dengan sajian 'Prosperity Norwegian Smoked Salmon Yu Sheng' yang ditawarkan oleh M Hotel. Terdapat pilihan dua saiz sajian, harga bermula dari $69 dan $89.

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.