Skip to main content

Singapura

Ini dia 22 kegiatan/tempat untuk anda raikan Hari Kebangsaan

Kurang pasti mahu buat apa hari ini sempena cuti 9 Ogos? Pasti ada yang hendak menyaksikan acara Perbarisan Hari Kebangsaan di Pentas Terapung Marina Bay tapi tak kesampaian sebab tidak dapat tiket.

Anggaran Waktu Membaca:
Ini dia 22 kegiatan/tempat untuk anda raikan Hari Kebangsaan

Gambar fail Hotel Marina Bay Sands di Singapura. (Gambar: REUTERS/Edgar Su)

Diterbitkan : 09 Aug 2018 12:03PM Dikemas Kini : 09 Aug 2018 12:49PM

BERITAmediacorp: Kurang pasti mahu buat apa hari ini sempena cuti 9 Ogos? Pasti ada yang hendak menyaksikan acara Perbarisan Hari Kebangsaan di Pentas Terapung Marina Bay tapi tak kesampaian sebab tidak dapat tiket.

Ok, usah pening lalat atau rasa bosan dan binggung. Masih terdapat banyak lagi aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan bersama seisi keluarga dan rakan-rakan pada cuti panjang ini.

Jika anda belum lagi ada perancangan, ikuti 22 saranan berikut. Pilih sama ada anda hendak saksikan pertunjukan bunga api, membeli-belah, makan-makan, berekreasi, tonton filem, dan sebagainya. Apa juga yang menjadi pilihan, yang pasti enjoy!

7 TAPAK BUNGA API

1. MERLION PARK

Tidak hairan lagi jika lokasi ini menjadi tumpuan ramai kerana lokasinya bersebelahan Pentas Terapung Marina Bay. Di sini anda gerenti akan dapat menyaksikan persembahan bunga api yang jelas dari jarak yang dekat. Pastikan untuk datang awal untuk chope tempat yang terbaik!

Related article image
Taman Merlion

2. ESPLANADE DRIVE

Satu lagi lokasi pilihan ramai yang terletak berhampiran Taman Merlion. Jika ingin ke sini, jangan lupa untuk bawa makanan bungkus, tikar dan minuman. Bolehlah anda piknik pada siang hari dan pada sebelah malam pula seronok menyaksikan bunga api.

Related article image
Esplanade Drive

3. MARINA BAY SANDS

Kalau tak mahu berjemur di bawah mentari terik pada siang hari, lokasi ini pasti menjadi pilihan anda! Walaupun sesak dengan orang ramai anda boleh jalan-jalan dulu di pusat membeli mewah ini sementara menantikan malam hari untuk menyaksikan persembahan bunga api di luar bangunan.

Related article image
Marina Bay Sands

4. MARINA BARRAGE

Kawasan luas yang tidak terkepung dan sesuai untuk lepak dan berpiknik. Relaks sambil menikmati tiupan angin sepoi-sepoi pada sebelah petang. Anak-anak kecil pula pasti seronok dapat berlari-lari di ruang yang terbuka sambil menantikan percikan bunga api.

5. JAMBATAN HELIX

Hirup udara dingin sepanjang berada di atas jembatan pada sebelah malam. Apabila berada di sini utamakan keselamatan dan jangan menolak antara satu sama lain gara-gara nak tengok bunga api.

Related article image
Jambatan Helix

6. TAMAN PERMAINAN PORORO

Sesuai bagi yang mempunyai anak-anak kecil! Berseronok dan berpesta meraikan Hari Kebangsaan dengan menyertai pelbagai aktiviti di sini. Apa yang menarik, terdapat kawasan untuk menyaksikan bunga api! Kunjungi Pororo Play Park #02-29 Raffles Boulevard. Harga: Pakej famili (2 dewasa, 2 kanak) dari $200 atau $65 (dewasa) dan $55 (kanak-kanak).

7. STADIUM WATERFRONT

Jauh dari kesesakan di kawasan Marina, lokasi ini terletak di hadapan Kallang Wave. Stadium Waterfront merupakan lokasi alternatif yang membolehkan anda untuk menyaksikan bunga api dengan lebih tenang dalam suasana perayaan!

BELI BELAH & MAKAN-MAKAN

8. INDEPENDENT MARKET NATIONAL DAY FAIR (foto: FB Independent Market)

Terapi shopping memang digemari ramai tidak kira usia! Sempena Hari Kebangsaan ini, The Independent Market kembali sekali lagi dengan tawaran pelbagai produk label tempatan. Dari pakaian, buku, perhiasan rumah dan banyak lagi.

Bila: Sekarang hingga 13 Ogos

Lokasi: VivoCity

Waktu: 10.00pg – 10.00mlm

9. THE LOCAL PEOPLE X PUB: National Day Celebrations@Marina Barrage 2018

Related article image
(Gambar: The Local People/Facebook)

(Gambar: The Local People/Facebook)

Sementara menantikan pertunjukan bunga api, apa kata anda shopping dulu. Acara ini kembali sekali lagi dengan tawaran kraf seni, pakaian, aksesori yang lebih menarik. Terdapat juga karnival permainan, food truck dan persembahan muzik. Jangan 'miss' ok!

Bila: 9 Ogos

Lokasi: Marina Barrage

Waktu: 9.00pg – 9.00mlm (Percuma)

10. JUALAN MURAH COURTS KEJIRANAN

Baru dapat bonus dan sedang mencari perabot atau peralatan rumah yang baru? Ahh… tepat masanya untuk shopping sakan di Courts di semua kawasan kejiranan. Sambil itu, sertai dalam Yummy Makan Trail, dapatkan manisan percuma seperti ais krim, biscuit old school, putu piring dan banyak lagi. Dan, mereka yang gemar memasak juga boleh sertai dalam bengkel memasak yang dikendalikan oleh cef udangan.

Bila: Sekarang hingga 30 Sep 2018

Lokasi: Cawangan-cawangan Courts di kejiranan

11. RWS STREET EATS (RWS)

Related article image
Ayam Penyet Belado, RWS Street Eats.

(Gambar: rwsentosa.com)

Sempena Hari Kebangsaan 2018, RWS kembali mengadakan pesta makanan untuk kali kedua. Sepanjang 11 hari orang ramai boleh menikmati pelbagai sajian penjaja dari Malaysia, Indonesia, Thailand, Vietnam dan Singapura!

Related article image

(Gambar: rwsentosa.com)

Bila: 9 – 19 Ogos, 11.00pg – 9.00mlm (Isnin – Khamis) & 9.00pg – 10.00mlm (Jumaat – Ahad & cuti umum).

Lokasi: RSW, Malaysia Food Street, Waterfront Tingkat 1, 8 Sentosa Gateway.

*(Acara ini ditutup pada 18 Ogos dari 3.00ptg – 10.00mlm untuk acara privet).

12. ‘KENDURI’ DURIAN

Related article image
Durian

Raja buah ini masih bertahta di hati ramai penggemarnya. Kalau masih belum puas menikmati durian, singgah lah ke kawasan Geylang lepas tonton bunga api. Di sini terdapat deretan gerai-gerai durian yang menawarkan pelbagai jenis durian dan harganya juga berbaloi. Kunjungi gerai yang mempunyai reputasi yang baik seperti Fruits Top 1 Department Store di 608 Geylang Road.

13. SINGAPORE HERITAGE BUFFET

Related article image
Aquamarine, Marina Mandarin

(Gambar: Aquamarine)

Jom makan! Bufet bersama keluarga dengan menikmati sajian ikonik Singapura di restoran Aquamarine seperti sate daging Wagyu, ketam cili, ayam buah keluak dan banyak lagi. Kemudian basahkan tekak yang kering dengan minuman air tebu. Oolala bestnya!

Bila: Sekarang hingga 31 Ogos

Lokasi: Restoran Aquamarine di Marina Mandarin, Tel: 6845 1111

14. TIFFANY CAFÉ & RESTAURANT

Related article image
Tiffany Cafe

(Gambar: Tiffany Café)

Satu lagi bufet Halal berbaloi yang tepat untuk seisi keluarga. Sajian penjaja seperti telur dadar tiram, ketam, rojak India dan laksa menanti anda. Apa yang lebih menarik terdapat potongan harga bufet 53 peratus sempena Hari Kebangsaan dalam bulan Ogos ini. Harga bufet tengahari hanya $25.20 dan $30.90 untuk makan malam selepas diskaun. Dan, jangan lupa untuk dapatkan pengat durian hanya $5.30+ (untuk bawa pulang saja)!

Bila: Sekarang hingga 31 Ogos

Lokasi: Tiffany Café & Restaurant di Furama City Centre, Tel: 6531 5366

RIADAH & REKREASI

15. FIESTA HARI KEBANGSAAN 2018

Related article image
Fiesta Hari Kebangsaan di Hab Sukan

(Gambar: Hab Sukan Singapura/Facebook)

Datang beramai-ramai dan raikan ulang tahun Singapura yang berbilang budaya. Mesra keluarga, fiesta ini dimeriahkan dengan pelbagai acara untuk dewasa dan si kecil. Mereka yang gemarkan sukan juga boleh mencuba kegiatan memanjat tembok dan parkour. Si kecil juga boleh sertai dalam sesi bercerita di Muzium Sukan Singapura. Sambil itu, ibu bapa pula bolehlah beli-belah di bazar!

Bila: 9 Ogos, 12.00tgh – 9.00mlm

Lokasi: OCBC Square, Hab Sukan Singapura, 5 Stadium Drive.

(Untuk sesi bercerita, sila daftar 30 minit sebelum sesi bermula di Muzium Sukan Singapura).

16. THE ARTS HOUSE

Related article image
The Arts House

Di sini anda sekeluarga berpeluang menyertai dalam pelbagai bengkel, tayangan filem dan persembahan yang menampilkan kisah dan sejarah Singapura. Pengunjung tidak kira usia dapat mempelajari pelbagai tentang kota Singa yang sebelum ini mungkin belum diketahui lagi.

Bila: 10 - 12 Ogos

Lokasi: The Art House (Percuma)

17. PIKNIK DI MARINA BARRAGE

Pesta berpanjangan hingga ke hujung minggu! Dua hari selepas meraikan Hari Kebangsaan, Angkatan Udara Singapura (RSAF) akan meraikan ulang tahun RSAF dengan acara terbang lalu di Marina Barrage. Ruang angkasa di kawasan ini akan menampilkan lebih 20 buah pesawat RSAF termasuk F-15SG dan pesawat pejuang F-16C/D. Selain itu, pelbagai acara permainan dan aktiviti kraf turut diadakan di sini. Anda juga boleh mengambil foto bersama pegawai berseragam RSAF.

Bila: 11 Ogos, 8.00pg – 4.00ptg

Lokasi: Marina Barrage (Percuma)

18. TREE TOP WALK

Related article image
Tree Top Walk (Gambar: NParks)

Bersiap sedia pada pagi 9 Ogos untuk beriadah di MacRitchie TreeTop bersama rakan-rakan yang lain. Teroka keindahan flora dan fauna dan akhiri aktiviti anda dengan menikmati buah durian! Datang dengan pakaian selesa warna merah dan putih.

Bila: 9 Ogos, 8.30pg- 12.30tgh

Lokasi: TreeTop Walk, MacRitchie Reservoir

Percuma tapi pendaftaran diperlukan, layari www.eventbrite.sg

19. THE SUMMERHOUSE

Minat seni dan muzik? Luangkan masa untuk ikuti acara ini dan berpeluang juga untuk menyertai bengkel membuat terrarium.

Bila: 9 Ogos, 10.00pg – 5.00ptg

Lokasi: The Summerhouse, 3 Park Lane, Seletar Aerospace Park

Masuk percuma, pendaftaran diperlukan untuk acara bengkel. Layari www.thesummerhouse.sg/marketplace

20. TAMAN DI PESISIRAN

Related article image
Taman Di Pesisiran. 

(Gambar: Taman di Pesisiran)

Relaks dan santai sambil menikmati keindahan bunga-bunga orkid ekstravaganza dan pameran bertemakan Peranakan. Dari persembahan, bengkel dan acara fesyen Peranakan.

Bila: Sekarang hingga 22 Ogos

Lokasi: Gardens By The Bay (Percuma kecuali penyertaan bengkel).

21. TUNGGANG KUDA

Belajar menunggang kuda bersama keluarga di Gallop Stable di bengkel khas National Day Basic Riding yang diadakan hanya sehari. Menawarkan pakej menarik untuk setiap lima orang yang menyertai bersama anda. Layari https://www.gallopstable.com untuk keterangan lanjut.

Bila: 9 Ogos, 9.00pg – 12.00tgh

Lokasi: Gallop Stable

22. TAYANGAN FILEM SG

Related article image
Teater pesisiran yang baru akan dibina di Esplanade menjelang tahun 2021. (Gambar: The Esplanade)

(Gambar: Esplanade)

Raikan ulang tahun Singapura dengan sajian filem-filem tempatan sepanjang Ogos ini di Esplanade. Saksikan filem pendek seperti SQ117: Men Behind the Mask, 12 Storeys, Azza dan IIO IIO.

Bila: 10 & 11 Ogos

Lokasi: Esplanade Concourse

Waktu: 9.30mlm (Percuma)   

Sumber : BERITA Mediacorp/AO/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita