Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

'Ini bukan masa untuk bertindak secara tidak bertanggungjawab,' kata Mufti Dr Nazirudin

Ini bukan masanya untuk kita bertindak secara tidak wajar dan tidak bertanggungjawab.

Anggaran Waktu Membaca:
'Ini bukan masa untuk bertindak secara tidak bertanggungjawab,' kata Mufti Dr Nazirudin

Mufti Singapura Dr Nazirudin Nasir. (Petikan video: MUIS/Facebook)

SINGAPURA: Ini bukan masanya untuk kita bertindak secara tidak wajar dan tidak bertanggungjawab.

Demikian ditegaskan Mufti Singapura Dr Nazirudin Nasir dalam satu catatan di laman Facebook Majlis Ugama Islam hari ini (19 Mac).

Beliau menegaskan demikian menyusuli laporan mengenai sebilangan penganjur acara keagamaan asing yang berkata mereka lebih takut kepada Tuhan dan bukan virus.

Hari ini, pihak berkuasa Indonesia berjaya memujuk penganjur majlis ijtimak tabligh, yang sepatutnya diadakan di Gowa, Indonesia agar ia dibatalkan.

Sekalipun demikian, lebih 8,500 orang dari seluruh Indonesia, Asia dan Timur Tengah kini berada di sana.

(Gambar: MUIS/Facebook)

(Gambar: MUIS/Facebook)

"Saya mahu benar-benar jelas. Kita takut kepada Allah dengan menjadi manusia yang bertanggungjawab. Kita takut kepada Allah dengan tidak membahayakan orang lain. Bukan takut kepada Allah dengan bertindak secara tidak wajar dan tidak menghiraukan langkah-langkah keselamatan," menurut Dr Nazirudin.

(Gambar: MUIS/Facebook)

(Gambar: MUIS/Facebook)

Beliau juga menasihati masyarakat setempat agar tidak menghadiri perhimpunan-perhimpunan sedemikian.

"Anda adalah sebahagian daripada sebuah masyarakat yang berakal dan bertanggungjawab. Mainkan peranan anda. Agama juga adalah tentang keutamaan dan keutamaan kita sekarang adalah bukan untuk membahayakan diri ataupun orang lain," tambah beliau.

Sumber : BERITA Mediacorp/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan