Ini Baru High Tea Raya! eratkan silaturahim keluarga besar platform Melayu Mediacorp dengan 750 pengikut setia
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sambutan Aidilfitri lebih meriah lagi bagi penonton dan pendengar setia platform-platform Mediacorp melalui acara 'Ini Baru High Tea Raya!' yang dianjurkan di Hotel Orchard pada Ahad (5 April).
Buat julung-julung kalinya, para personaliti merentasi pelbagai platform Mediacorp digabungkan dalam satu acara Hari Raya untuk menghiburkan dan beraya bersama 750 penonton serta pendengarnya.
"Ini Baru High Tea Raya merupakan acara sambutan Aidilfitri anjuran Mediacorp, bertujuan meraikan Aidilfitri yang lebih bermakna bersama para penyokong setia kami dalam suasana yang meriah dan penuh warna warni.
Acara ini menggabungkan tenaga kerja daripada pihak Warna, Ria, Suria dan Berita, menjadikannya satu usaha kolaborasi yang cukup besar, " kongsi wakil Hubungan Masyarakat Melayu Mediacorp, Morniyati Tukimin kepada wartawan Syafeera Sofian.
Berkongsi harapannya, Cik Morniyati berkata, "Harapan kami agar acara seperti ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara Mediacorp dan para pendengar serta penonton, dan terus menjadi platfom untuk menyatukan komuniti kita dalam meraikan lebaran bersama.
Moga acara Ini Baru High Tea Raya! meninggalkan kenangan terindah untuk semua yang hadir!"
BARISAN PERSONALITI, ARTIS HEBAT HIBURKAN PENGUNJUNG
Dalam satu kolaborasi khas, deejay stesen radio Mediacorp WARNA 942, Aura Shai dan Mediacorp RIA 897, Azura Goh turut digandingkan dengan penyampai Berita Mediacorp, Izwan Ohtman dan juga personaliti Suria, Najip Ali sebagai barisan hos di acara itu.
Para hadirin juga dihiburkan oleh persembahan khas oleh artis-artis hebat seperti Ziana Zain, Hady Mirza, Iskandar Ismail, Jatt Ali, Rahila Rashun dan para deejay radio.

Mereka menyanyikan beberapa buah lagu Raya seperti Sekejap dah Raya, Cahaya Aidilfitri, Senandung Hari Raya Untukmu dan banyak lagi.
"Saya teruja untuk menghadiri acara ini kerana artis-artis yang hadir sangat saya minati terutamanya Ziana Zain, Jatt Ali dan ramai lagi penyanyi yang amat saya minati," kongsi Cik Maryam Rahim yang ikut hadir acara itu.
Cik Maryam Rahim malah memenangi tempat ketiga dalam peraduan gaya terbaik yang merupakan antara aktiviti yang diadakan selain cabutan bertuah.
ERATKAN LAGI HUBUNGAN MEDIACORP BERSAMA MASYARAKAT
Perhimpunan berskala besar sempena Aidilfitri ini lebih dari sekadar hiburan sahaja.
Dengan tema “Home is where the ketupat is” , ia membawa peringatan bahawa rumah itu di mana berkumpulnya insan yang kita kasihi.
Ini lebih-lebih lagi meninggalkan kesan kepada Encik Salim Najiman, yang juga dipilih sebagai pemenang tempat pertama pengunjung paling bergaya.
Acara perhimpunan sebegini membuatnya mengimbau kembali kenangan beraya dengan anggota keluarga yang telah pergi dan tidak lagi bersamanya.
"Terasa sebak...hari ni saya gembira dapat bawa keluarga dan cucu-cucu untuk meraikan acara ini. Teringat dahulu saya pernah datang (acara serupa) bersama arwah abang saya.
Sekarang dia sudah tiada jadi rasa terharu juga. Sekurang-kurangnya saya dapat membawa keluarganya juga datang ke sini meraikan Hari Raya," kongsi Encik Salim.
Encik Salim dan Cik Maryam antara 750 orang yang berjaya mendapatkan tiket bagi acara gah itu dan kesemua tiket habis terjual.
Bagi berkongsi kemeriahan acara itu dengan mereka yang tidak berkesempatan mendapatkan tiket, mereka boleh menonton rakaman 'Ini Baru High Tea Raya!' di mewatch, Mediacorp Entertainment di YouTube serta Suria pada Jumaat, 17 April, dari 9.30 malam hingga 11.00 malam.

Sumber : BERITA Mediacorp/SF
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.