Ini 5 lokasi untuk nikmati salji di SG sempena perayaan Krismas

(Gambar: Today)
Manakan tidak, di sana sini, baik di dalam dan di luar bangunan bermandikan cahaya lampu berwarna warni dan pelbagai kegiatan disediakan untuk seisi keluarga - termasuk menikmati salji!
Kami senaraikan acara-acara menarik di Singapura yang anda boleh ikuti, tanpa perlu memakai baju panas atau 'Heattech'.
ICE MAGIC: THE GREAT FANTASY ON ICE
Bermula 1 Disember, Ruang Acara Bayfront akan diubah kepada 'wonderland' musim sejuk, iaitu acara 'pop-up' terbesar bertemakan musim sejuk di Singapura, sebesar 2,400 meter persegi.
Acara Krismas itu merupakan sebahagian daripada Great Bay Fiesta, iaitu acara ekstravaganza seluas 20,000 meter persegi di
Ruang Acara Bayfront.
Selain Ice Magic, nikmati persembahan
sarkas 'The Great Cirque de Cascades' di Big Top (tiket bermula pada S$72). Atau cuba permainan Uncle Ringo di 'The Great World Carnival' sebelum mengisi perut anda dengan makanan dari gerai-gerai di 'The Great Food Fiesta'.
Ice Magic: The Great Fantasy On Ice
Tarikh: 1 Disember 2022 hingga 1 Januari 2023.
Tiga sesi sehari: 10.00 pagi-2.00 tengahari, 3.00 petang-7.00 malam, 7.00 malam-10.00 malam.
Lokasi: Ruang Acara Bayfront
Harga tiket: S$25 hingga S$45
Great Bay Fiesta
Tarikh: 1 Disember 2022 hingga 1 Januari 2023
Lokasi: Ruang Acara Bayfront
Harga Tiket: Bermula S$10

Acara krismas kegemaran ramai kembali di Taman Di Pesisiran bermula 2 Disember.
Ia meliputi enam kawasan perayaan, tetapi bagi penggemar salji, rasakan kesejukan tahap maksimum di 'Merry Lane’s Snowland' di mana cahaya lampu iglu dan beruang kutup akan dipancarkan serta salji putih yang gebu menanti anda.
Christmas Wonderland
Tarikh: 2 Disember 2022 hingga 1 Januari 2023
Lokasi: Taman Di Pesisiran
Harga Tiket: Bermula S$8

UNIVERSAL STUDIOS SINGAPORE
Acara 'Santa’s Circus Extravaganza' mewarnai Universal Studio Singapore mulai 30 November hingga 2 Januari 2023, pada pukul 7.30 malam.
Perarakan besar-besaran yang diketuai Santa memimpin 40 watak kartun seperti Minion, Po, Tigress dan Poppy di sekitar kawasan itu sehingga acara kemuncak, apabila salji turun!
Terdapat salji yang begitu banyak di gerai gambar "Let It Snow', di mana anda dapat memetik gambar bersama Santa dan pasukannya ketika salji diturunkan pada empat sesi yang diadakan setiap hari.
A Universal Christmas
Tarikh: 23 November 2022 hingga 2 Januari 2023
Lokasi: Universal Studios Singapore, Resorts World Sentosa, 8 Sentosa Gateway, Singapore 098269
Harga Tiket: Bermula S$98 (dewasa) dan S$78 (kanak-kanak), termasuk baucar belanja Krismas USS S$20 dan baucar kedai runcit sebanyak S$5.

Beberapa sesi disediakan, bermula Isnin hingga Khamis pada pukul 7.30 malam dan 8.30 malam, serta sesi tambahan pada Jumaat hingga Ahad. Lima sesi diadakan pada 17 Disember di mana lebih banyak salji dijangka turun bermula pukul 10.30 malam hingga 11.30 malam, serta waktu yang disebutkan.
Christmas Lights & Snow Play at VivoCity
Tarikh: 17 November 2022 hingga 26 Disember
Lokasi: Outdoor Plaza, Level 1, VivoCity, 1 Harbourfront Walk

Jewel Lapangan Terbang Changi kembali dengan acara salji di 'Shiseido Forest Valley' bermula 19 November hingga 2 Januari 2023.
Acara salji akan berlangsung setiap satu jam disertakan persembahan lampu dan bunyi bertemakan Avatar di 'HSBC Rain Vortex' sambil melihat pokok Krismas Prudential Singapore Jewel di belakang, sambil anda dibawa merasakan suasana musim sejuk.
Acara salji diadakan setiap hari bermula pukul 7.35 malam hingga 10.35 malam, dengan persembahan tambahan dari 23 hingga 25 Disember dan 30 Disember hingga 1 Januari 2023.
Snowfall at the Shiseido Forest Valley
Tarikh: 11 November 2022 hingga 2 Januari 2023, pukul 7.35, 8.35, 9.35, 10.35 malam setiap hari. Acara salji tambahan pada pukul 11.05 malam pada 24 dan 31 Disember
Lokasi: Shiseido Forest Valley, Jewel Lapangan Terbang Changi
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.