Skip to main content

Singapura

Ingin terbang dalam pesawat tangki minyak tentera di rumah terbuka RSAF? Permohonan dibuka Julai

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Orang ramai berpeluang untuk menjadi antara yang pertama mendapatkan pengalaman terbang dalam pesawat pengangkutan tangki minyak terbaru Angkatan Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) pada Sepetember nanti, apabila RSAF mengadakan rumah terbuka secara fizikal buat julung-julung kalinya dalam tujuh tahun.

Permohonan bagi penerbangan pengenalan ini - yang akan merangkumi helikopter Chinook - akan bermula pada pertengahan Julai.

Demikian diumumkan RSAF pada Khamis (8 Jun) di satu taklimat media semasa sambutan ulang tahunnya ke-55.

Keputusan permohonan tersebut akan dibuat pada Ogos. Mereka yang berminat juga berpeluang untuk memenangi tempat duduk di dalam penerbangan tersebut dan memorabilia RSAF melalui peraduan online di platform media sosialnya.

Rumah terbuka tersebut akan diadakan di Pangkalan Udara Paya Lebar pada 9 dan 10 September semasa cuti sekolah selama seminggu. Ia diadakan secara maya pada 2021 disebabkan sekatan COVID-19. Kali terakhir acara seumpama itu diadakan secara fizikal adalah pada 2016.

Tahun ini, orang ramai boleh menaiki penerbangan dalam pesawat pengangkutan tangki mintak berbilang peranan Airbus A330 (MRTT), yang boleh mengisi semula minyak jet pejuang di ruang udara, mengangkut bekalan penting atau memindahkan kakitangan yang sakit dan cedera. Ia rasmi beroperasi sepenuhnya pada April 2021.

Para pengunjung boleh menikmati antara kegiatan lain kegemaran ramai termasuk demonstrasi keupayaan. Mereka juga akan dapat menyaksikan pertunjukan statik pesawat dan aset pertahanan udara yang berpangkalan di darat seperti pesawat pejuang F-15SG – jet pejuang paling canggih RSAF.

Perincian lanjut akan disediakan tidak lama lagi.

PERTUNJUKAN UDARA YANG DIPERTINGKAT DI NDP

Acara sempena RSAF55 yang lain akan berlangsung dari Jun sehingga September, termasuk satu pertunjukan udara yang dipertingkat di Perbarisan Hari Kebangsaan pada 9 Ogos, di mana RSAF bakal mempamerkan aset terbaru mereka termasuk MRTT dan helikopter baru.


Mereka di kawasan-kawasan kejiranan juga tidak akan ketinggalan untuk dapat menyaksikan aksi terbang lalu yang merangkumi MRTT, di samping F-15SG dan jet pejuang F-16.

Butiran lanjut mengenai pertunjukan udara tersebut akan didedahkan bulan depan.

Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita