Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Ingat, Orchard Road adalah zon bebas rokok mulai hari ini

Peraturan menjadikan Orchard Road sebagai zon bebas rokok berkuat kuasa hari ini (1 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 01 Jan 2019 07:45PM Dikemas Kini : 01 Jan 2019 09:26PM

SINGAPURA: Peraturan menjadikan Orchard Road sebagai zon bebas rokok berkuat kuasa hari ini (1 Jan).

Mereka yang mahu merokok di zon itu hanya boleh melakukannya di salah satu daripada 40 tempat yang sudah ditetapkan.

Peraturan baru itu, yang berkuat kuasa pada hari ini (1 Jan), mendapat reaksi berbeza-beza daripada orang ramai.

Ada perokok menganggapnya sebagai menyusahkan. Namun ada dalam kalangan perokok yang mengatakan bahawa ia berguna kerana kepulan-kepulan asap rokok tidak lagi mengganggu mereka yang tidak merokok dan kawasan sekitarnya juga lebih bersih.

Dalam tiga bulan pertama ini, Agensi Sekitar Kebangsaan (NEA) menyatakan ia akan memberi nasihat kepada sesiapa yang melanggar peraturan itu.

Setiap hari, 30 pegawai akan ditempatkan untuk memberitahu para perokok tentang tempat-tempat di mana mereka boleh merokok.

Mulai hari ini juga usia minimum untuk membeli, menggunakan, memiliki, menjual dan membekalkan produk tembakau dinaikkan daripada 18 kepada 19 tahun. 

Sumber : CNA/RR/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan